Kredit foto: Instagram Kamal Adli & Instagram Zahirah Macwilson
Aktor Kamal Adli berasa tertekan dan enggan lagi mengulas isu hubungannya dengan Emma Maembong yang dilaporkan sudah berakhir.
Malah isu itu bertambah hangat apabila Zahirah dalam kiriman Instagram terbarunya pagi semalam mendedahkan foto perbualan Whatsapp mereka.
"Entahlah saya sudah penat gila, saya malas nak komen dan layan perkara ini kerana ia akan jadi lebih buruk.
"Isu ini sepatutnya sudah selesai sebab kami semua sudah berjumpa minggu lalu," kata Kamal menurut laporan portal Mstar Online.
Terdahulu, Emma dalam sebuah kenyataan kepada portal BH Online memberitahu hubungannya dengan Kamal telah putus kerana mengesyaki teman lelakinya itu berlaku curang.
Emma turut mengaitkan nama Zahirah dan menganggap wanita itu menjadi orang ketiga dalam perhubungan mereka.
Dalam pada itu, Kamal berkata, dia tidak faham mengapa Zahirah bertindak mengeruhkan lagi keadaan dengan memuat naik foto perbualan Whatsapp tersebut.
Sudahnya, aktor berusia 31 tahun itu menyerahkan kepada umum untuk membuat penilaian tentang situasi sebenar yang berlaku.
"Saya tidak tahu mengapa Zahirah bertindak demikian. Tapi biarlah, saya pun sudah penat biar orang ramai menilainya sendiri.
"Saya tidak perlu komen kerana perkara ini hanya akan menampakkan kami bodoh sahaja," katanya lagi.
Sumber berita: Mstar