Oleh pada 12 Oct 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Kamal Adli & Sinar Harian

Aktres Emma Maembong enggan mengulas status terbaru hubungannya dengan aktor Kamal Adli.

Sebaliknya dia dalam nada sinis meminta media bertanyakan kembali soalan itu kepada Kamal dan aktres Zahirah Macwilson.

"Maaf, buat masa ini saya tidak mahu memberikan sebarang komen berhubung perkara itu.

"Sebarang persoalan mengenai status hubungan kami boleh diajukan kepada Kamal atau Zahirah," katanya menurut laporan Berita Harian Online.

Emma menjawab pertanyaan mengenai kiriman terbaru Instagram Kamal yang mana aktor itu meminta netizen mendoakan yang terbaik untuk hubungan mereka.

hubungan dengan kamal adli dikatakan bergolak emma maembong kaitkan zahirah macwilson 2

Kredit foto: Instagram Kamal Adli

Entri Kamal itu mencetuskan tanda tanya ramai kerana aktor itu seolah membayangkan sesuatu yang buruk sedang melanda perhubungan rapat berusia tiga tahun itu.

Malah komen Emma yang turut sama mengaitkan pelakon Zahirah menghangatkan lagi keadaan.

Terdahulu, Kamal dan Zahirah mencetuskan fenomena dalam drama bersiri Duda Pujaan Dara yang telah menamatkan siarannya di sebuah saluran berbayar baru-baru ini.

Pasangan Emma dan Kamal tidak pernah mengaku mereka dalam fasa percintaan sebelum ini tetapi memberitahu berkawan rapat dan menyerahkan hubungan itu kepada ketentuan jodoh.

Sumber berita: BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)