Oleh pada 19 Oct 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Kamal Adli & Instagram Emma Maembong

Aktor Kamal Adli menggesa agar mereka yang rapat dengan Emma Maembong supaya tidak menjadi 'batu api' susulan kemelut yang melanda hubungan mereka.

Malah Kamal atau nama penuhnya Ahmad Kamal Ahmad Adli akui isu antara dirinya dan Emma sudahpun selesai dan tidak perlu dibesar-besarkan oleh pihak tertentu.

Aktor itu mendedahkan ada pihak yang tidak senang dengan hubungan mesra yang terjalin.

"Saya harap orang sekeliling janganlah jadi batu api. Kami sudah berbaik dan hubungan ini macam biasa. Masalah antara saya dengan Emma sudah selesai.

"Apa yang berlaku hanya salah faham. Jadi, tak perlu diperbesarkan lagi hal ini. Saya sebagai lelaki cuba perbaiki dan jernihkan keadaan," katanya menurut laporan portal BH Online.

Kamal membuat kenyataan tersebut di Majlis Sidang Media Anugerah Skrin (ASK) 2017 yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, aktor berusia 31 tahun itu enggan lagi mengulas kontroversi berkenaan kerana tidak mahu berlarutan.

"Macam saya cakap tadi, hal ini sudah selesai. Saya tak mahu komen lagi kerana nanti ia akan berlarutan," tegasnya.

Terdahulu, masalah hubungan pasangan Emma dan Kamal dihidu ramai apabila aktor itu memuat naik kiriman Instagram yang meminta peminat mendoakan yang baik-baik.

Menghangatkan lagi keadaan apabila Emma dalam sebuah kenyataan balasnya meminta media bertanyakan isu yang timbul kepada Kamal dan aktres Zahirah Macwilson.

Gara-gara itu Zahirah dikatakan menjadi orang ketiga dalam perhubungan mereka.

Sumber berita: BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)