Kredit foto: Instagram Mira Filzah
Baru-baru ini aktres Mira Filzah ada mendedahkan perihal dirinya yang sedang mengenali hati budi seorang lelaki, dikatakannya bukan daripada kalangan penggiat industri hiburan.
Mira bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana menganggap perkara itu masih terlalu awal untuk dikongsikan kepada umum.
“Kami berkawan dan masih dalam proses mengenali. Selebihnya, saya tidak ada apa-apa komen. Macam pernah dikatakan sebelum ini, soal jodoh ketentuan Allah SWT. Saya percaya pada itu.
“Buat masa sekarang, saya selesa berkongsi soal kerjaya saja. Doakan yang terbaik buat saya,” katanya memetik laporan Harian Metro pada Disember lalu.
Kenyataan itu lantas mengundang tanda tanya ramai kerana umum sedia maklum gosip percintaan yang melibatkan Mira sebelum ini lebih terarah kepada golongan selebriti.
Kredit foto: Instagram Mira Filzah
Bagaimanapun menerusi ruangan Cik Pang dalam portal sama hari ini, melaporkan kebarangkalian bakal suami yang dimaksudkan Mira itu adalah anak kepada seorang ahli parlimen yang juga adik kepada seorang pengacara.
Difahamkan, mereka pernah rapat suatu ketika dahulu sewaktu sama-sama berada di zaman pengajian.
Cik Pang mendakwa hubungan pasangan ini pernah terputus di tengah jalan apabila jejaka berkenaan mengambil keputusan untuk terbang ke luar negara bagi melanjutkan pengajian.
Jika benarlah jejaka tersebut yang dimaksudkan Mira, kata Cik Pang, pertalian itu barangkali bertaut kembali selepas lelaki itu pulang semula ke tanah air.
Sejauh mana kebenaran gosip ini tidak pula diketahui.
Apapun kita nantikan sahaja jawapan daripada mulut Mira sendiri apabila beliau bersedia untuk bercerita kelak.
Sumber berita: Tahniah Mira