Kredit foto: Instagram Mira Filzah & Instagram Wan Emir Astar

    

Wan Emir Astar mendedahkan kisah perkenalannya dengan pelakon jelita, Mira Filzah.

Suami kepada aktres itu berkata, pelawaannya untuk mendekati Mira pernah ditolak beberapa kali, namun dia tidak pernah berputus asa dalam usaha meraih cinta daripada penyandang Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 itu.

“Saya mula sukakan Mira sejak 2016 dan ketika itu saya hanya cuba DM (mesej peribadi) dia di Instagram, namun tidak pernah berbalas.

“Sampailah satu hari tu saya pasang niat saya mahu jadikan Mira sebagai isteri dan alhamdulilah dia balas.

“Saya sanggup kena ‘rejected’ dengan Mira banyak kali kerana sekurang-kurangnya saya tidak menyesal mencuba.

“Sampaikan saya pernah mesej ibu Mira sendiri kerana ketika itu saya fikir saya mahu mencuba sehabis mungkin dan tidak kisah pun dimalukan,” katanya seperti dilaporkan Astro Gempak.

Dalam pada itu, Mira pula berkata, dia mengagumi kesungguhan yang dipamerkan Emir dalam usaha memperisterikannya hingga hatinya terbuka menerima cinta lelaki itu.

   

mira filzah nikah 965

Kredit foto: Instagram @WSVS.Co

   

“Saya boleh kata effort dia sangat tinggi dan melihat kesungguhan dia saya terpikat,” kata Mira.

Pasangan pengantin itu ditemui usai majlis akad nikah yang berlangsung di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara, Kuala Lumpur, malam tadi.

Terdahulu, anak Timbalan Menteri di Jabatan Hal Ehwal Khas Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid itu, merisik Mira menerusi rombongan keluarga pada Disember lalu.

Ia disusuli majlis khatam al-Quran Mira bersama adiknya, Aina Fadhilah pada Jumaat lalu bertempat di kediaman keluarganya di Bangi.

Untuk info lanjut mengenai majlis akad nikah, resepsi dan kisah cinta pasangan merpati dua sejoli ini, anda boleh baca artikel: Info Penuh Majlis Kahwin Dan Nikah Mira Filzah & Wan Emir Astar

    

Baca: Biodata Mira Filzah

Baca: Biodata Wan Emir Astar

Baca: Biodata Penyanyi Wan Imar Izzat, Adik Wan Emir Astar

Baca: Biodata Pengacara Shalma Ainaa, Isteri Wan Imar Izzat

Baca: Biodata Penyanyi Shalma Eliana, Adik Pengacara Shalma Ainaa

    

Kredit video: [LIVE] Majlis Akad Nikah Mira Filzah & Wan Emir

   

Sumber berita: Kena Reject Banyak Kali, Wan Emir Dedah Cabaran Nak Dekati Mira Filzah

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)