Kredit foto: Instagram Mira Filzah & Instagram Remy Ishak
Aktor Remy Ishak, 38, tidak menganggap tindakannya menghapuskan semua foto di Instagram sebagai sesuatu yang pelik.
Pelakon siri Ombak Rindu itu berkata, dia kini dalam proses melakukan ‘kerja pembersihan’ di akaun yang diikuti lebih 1.5 juta pengikut itu.
“Saya okey. Tiada apa-apa pun sebenarnya. Memang tengah buat kerja pembersihan.
“Memang ada banyak benda yang nak kena ‘clear’. Apatah lagi sekarang pun sudah masuk tahun 2020,” katanya memetik laporan BH Online.
Sementara itu, menjawab pertanyaan berhubung isu tidak lagi mengikuti laman Instagram milik Mira Filzah, beliau bagaimanapun tidak mempunyai jawapan pasti.
Kredit foto: Instagram Mira Filzah
“Bab tak ikuti akaun Instagram Mira itu, saya tak pasti. Nanti saya periksa balik.
“Mungkin ada yang terlepas pandang. Lagipun, sekarang ada pasukan yang menguruskan akaun media sosial saya, termasuk di Instagram,” katanya.
Terdahulu, tindakan Remy memadam kesemua kiriman di Instagramnya mengundang persoalan di kalangan warganet.
Malah beliau dilihat sudah berhenti daripada mengikuti akaun Mira di laman sosial tersebut.
Pasangan Remy dan Mira, 27, pernah bekerjasama dalam drama fenomena, Pujaan Hati Kanda dan Lelaki Kiriman Tuhan, termasuk filem Rise: Ini Kalilah serta Sangkar.
Gosip percintaan yang terpalit antara mereka bagaimanapun dinafikan Mira.
Baru-baru ini juga, Mira membuat pengakuan sedang berkenalan dengan seorang lelaki yang bukan daripada kalangan orang industri hiburan.
Sumber berita: Remy padam semua gambar, tak ikut Mira di Instagram