Kredit foto: Instagram Mira Filzah & Instagram Zizan Razak
Aktres Mira Filzah mengakui dirinya dan Zizan Razak masih berkawan seperti lazimnya, malah dia menyenangi aktor dan pelawak yang dianggapnya sebagai lelaki yang mudah didekati itu.
Bukan sahaja selesa berkawan dengannya, malah, Mira atau Nur Amirah Filzah Badioezaman berkata, pelakon Polis Evo itu adalah lelaki yang paling rapat dengannya kini.
"Kami masih lagi berkawan sampai sekarang... dia (Zizan) antara kawan lelaki yang rapat dengan saya.
"Nak kata ada ciri-ciri lelaki idaman tu, tak tahu la tetapi saya selesa berkawan dan bergaul dengannya," katanya kepada Mstar.
Namun, Mira yang sedang meledak dengan drama Rahsia Hati Perempuan ini memberitahu, dia enggan bercerita lanjut tentang kisah peribadinya atas alasan untuk menjaga hati keluarga.
Kredit foto: Instagram Mira Filzah
"Mungkin salah satu sebab nak jaga hati keluarga. Saya dan dia pun masing-masing ada keluarga.
"Kalau kerap keluar gosip saja, kami okey tapi yang tak seronok keluarga la. Lagi-lagi orang tua kita," katanya.
Terdahulu, pasangan yang didakwa menyulam cinta itu enggan memberi pengesahan sama ada ianya spekulasi yang sahih atau tidak.
Bercerita mengenai Ramadhan tahun ini, Mira berkata, setakat ini dia dan keluarga masih belum berkesempatan berbuka puasa bersama kerana komitmen jadual kerjayanya yang padat.
Namun, peluang bakal muncul apabila dia merancang untuk pulang ke kampung halaman di Perak dua hari sebelum tibanya Aidilfitri.
"Sekarang ini belum sempat nak berbuka puasa dengan keluarga... Insya-Allah saya akan balik kampung dua hari sebelum nak raya.
"Dapatlah merasa berbuka puasa dengan mereka. Buat masa ini, saya nak kena selesaikan kerja dahulu," katanya.