Kredit foto: Instagram Wan Emir Astar
Siapa Wan Emir Astar? Jejaka ini dikatakan bakal mengikat tali pertunangan dengan Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32, Mira Filzah.
Spekulasi tercetus selepas aktres itu mendedahkan dirinya sedang mengenali hati budi seseorang yang bukan daripada kalangan penggiat industri hiburan.
Biodata Wan Emir Astar
1. Pemilik nama penuh, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar.
2. Berumur 30 tahun.
3. Berkerjaya sebagai arkitek.
4. Mempunyai firma seni bina dan perusahaan perniagaan sendiri.
5. Anak kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar, YB Datin Mastura Mohd Yazid.
6. Bapanya yang juga bekas Ahli Parlimen kawasan sama (Kuala Kangsar) iaitu Allahyarham Datuk Wan Mohamad Khair-il Wan Ahmad, telahpun terlebih dahulu meninggal dunia akibat tragedi helikopter di Sarawak pada tahun 2016.
Dakwaan Hubungan Cinta Dengan Mira Filzah
- Khabar angin mengatakan beliau sudahpun merisik Mira dan bakal melangsungkan pertunangan pada bulan September ini.
- Gosip terbabit dikuatkan lagi apabila pasangan ini hadir buat pertama kalinya di hadapan umum sewaktu majlis resepsi perkahwinan Farah Nabilah yang berlangsung semalam.
- Mereka dikatakan mula berkenalan sewaktu zaman pengajian, sebelum hubungan itu terhenti apabila Wan Emir mengambil keputusan terbang ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran.
- Bagaimanapun sehingga kini Mira masih kekal dengan pendiriannya untuk merahsiakan identiti kekasihnya itu atas permintaan keluarga kedua-dua pihak.
Baca: Info Penuh Majlis Kahwin Dan Nikah Mira Filzah & Wan Emir Astar
Baca: Biodata Mira Filzah
Baca: Biodata Penyanyi Wan Imar Izzat, Adik Wan Emir Astar
Baca: Biodata Pengacara Shalma Ainaa, Isteri Wan Imar Izzat
Baca: Biodata Penyanyi Shalma Eliana, Adik Pengacara Shalma Ainaa
Foto
Kredit foto: Instagram Wan Emir Astar
Video
Kredit video: PRK P.067 : "Kepada Parti Pembangkang... Cukup-cukuplah Fitnah Ibu" - Wan Emir Astar
Sumber:
1. Mira Filzah Bakal Bertunang Tahun Ini, Bercinta Dengan Anak Ahli Parlimen?
2. Mira Filzah bakal bertunang berkahwin tahun ini? Bakal suami seorang arkitek dan anak politician?
3. 'Siapa dia... Biarlah rahsia'