Kredit foto: Harian Metro
Pelakon, Mira Filzah, mengaku ada berjumpa dengan bekas kekasih Zizan Razak sebelum ini.
Mira menjelaskan, tindakan itu bukanlah kerana mahu menyelidik siapa diri Zizan yang sebenar, sebaliknya lebih kepada mengenali beliau dengan lebih mendalam.
"Pertemuan itu lebih kepada perbincangan. Saya lakukan perkara itu atas nasihat ibu yang mahu saya mengenali lebih mendalam lelaki yang cuba mendekati.
"Zizan adalah selebriti jadi saya perlu tahu siapa dirinya," katanya memetik akhbar sisipan Bipop Berita Harian.
Terdahulu, cerita mengenai pertemuan Mira dan bekas kekasih Zizan menjadi buah mulut di kalangan beberapa pihak.
Dalam pada itu, Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-29 ini berkata, dia mengambil pesanan ibunya yang meminta agar tidak terburu-buru membina hubungan.
"Lagipun, ibu mengambil berat dengan siapa saya berkawan dan mahu saya sentiasa berhati-hati dan jangan terlalu terburu-buru membina sesuatu perhubungan," katanya lagi.
Mira dan Zizan digosip bercinta sejak tahun lalu, namun sehingga kini masih menyifatkan hubungan mereka sebagai kawan.
Mira, 24, yang merupakan aktres, usahawan dan peragawati pernah membintangi beberapa drama popular antaranya Cinta Si Wedding Planner, Abang Bomba I Love You dan Meh Sandar Pada Aku.
Sumber berita: Bipop Berita Harian & Beautifulnara