Ada banyak kisah berkenaan Korea Utara yang kita dengar tetapi tidak dapat diketahui sama ada sahih atau tidak. Kita juga mesti pernah membaca bagaimana wujudnya kawalan kerajaan mereka ke atas rancangan yang diterbitkan di siaran televisyen di sana tetapi kita tidak pernah dapat menonton sendiri apa yang dipertontonkan di televisyen sana.
Bagaimana rakyat Korea Utara menonton televisyen? Apakah rancangan yang ada di siaran televisyen mereka? Mereka tidak pernah menonton filem dari negara lain kah?
Kini persoalan anda terjawab.
Sebuah saluran Yotube kelolaan sebuah akaun yang menggunakan nama CIA Meme Warfare Division telah memuatnaik sebuah video berdurasi selama lebih 1 jam yang memaparkan rancangan-rancangan yang disiarkan oleh stesyen televisyen kerajaan Korea Utara.
BESARKAN TEKS A- A+
0:00 hingga 5:00 - Sepasukan wanita berpakaian seragam melakukan gerakan tarian secara berkumpulan
5:00 hingga 10:30 - Rancangan yang memaparkan kisah sebuah muzium yang menyimpan koleksi alat pengintipan barat
10:30 hingga 18:30 - Kisah drama seorang ibu dan anak yang mengalami nasib malang apabila anaknya dibunuh oleh Paderi Kristian
18:30 hingga 20:00 - Rancangan berkaitan kisah hidup masyarakat Korea Utara
20:00 hingga 29:30 - Rancangan dokumentari berkenaan wanita yang terlibat dalam penghasilan fabrik di sebuah kilang
29:30 hingga 35:00 - Dokumentari berkaitan perlombongan batu
35:00 hingga 37:45 - Video Propaganda Kerajaan
37:45 hingga 48:00 - Dokumentari tentang sejarah bumi mengikut kajian Korea Utara
48:00 hingga 51:00 - Dua kanak-kanak bermain piano
51:00 hingga 54:00 - Kanak-kanak menari dengan kayu
54:00 hingga 56:30 - Dua kanak-kanak berduet dengan instrumen masing-masing
56:30 hingga 58:30 - Sebuah koir yang dianggotai kanak-kanak menyanyi sambil diiringi tiupan harmonika
58:30 Anak-anak kecil mempersembahkan rutin tarian yang bertenaga dan bersemangat
Tak dapat kami bayangkan bagaimana kita masyarakat Malaysia dapat menerima rancangan berbentuk sedemikian hari-hari. Mau muntah hijau menontonnya.
Apatah lagi apabila anda mengetahui jadual rancangan akan ke udara; 8 jam pada satu hari cuti hujung minggu (di Korea Utara wajib bekerja sebanyak 6 hari seminggu 1 hari cuti) dan 3 jam setiap hari bekerja selepas jam 5 petang.
Ada satu jam yang anda sanggup gunakan untuk menonton rancangan-rancangan yang disiarkan ini? Tonton video penuh di bawah.