Korea Utara adalah satu wilayah yang agak susah untuk kita dapatkan maklumat berkaitannya dalam internet. Ini kerana majoriti media di negara tersebut dikawal oleh kerajaan mereka. Berikut adalah gambar-gambar yang dikongsikan oleh seorang jurugambar bernama David Guttenfelder, ketua jurugambar bagi Associated Press yang dikongsikan, untuk kita leihat sendiri corak kehidupan masyarakat negara komunis tersebut.
1. Buat pertama kalinya tahun lepas dilaporkan Korea Utara mengumumkan nilai harga minyak mereka untuk pengetahuan antarabangsa. Berapa harga petrol seliter di sana? Ketika ini, USD 1.05 bersamaan RM4.66
BESARKAN TEKS A- A+
5. Kami tidak dapat memastikan sama ada bekas belah kanan itu adalah dispenser minuman atau akuarium ikan.
6. Walaupun fesyen yang dipaparkan agak ketinggalan zaman, apa yang positifnya, pakaian tersebut tidak seksi malahan mampu membuatkan pemakainya kelihatan anggun, bergaya dan sofistikated jika dibandingkan dengan kebanyakan fesyen pakaian wanita moden lain.
7. Jika baju tersebut dijual di Pavilion Kuala Lumpur, pasti harganya mencecah ratusan ringgit.8. Berdasarkan pencapaian pegawai tentera yang dipaparkan, nampaknya tak lama lagi mereka perlu memakai dua lapis uniform hanya untuk memastikan ruang melekat lencana ada.
9. Adakah ada kemungkinan Korea Utara telah pun berjaya membawa beberapa keluarga rakyat Korea Utara ke angkasa dan hanya kita sahaja yang tak tahu, kerana mereka tak mahu kita tahu?10. Di negara kita, graffiti merupakan cara anak muda mengekpresikan jiwa memberontak tetapi lain pula di Korea Utara, kerajaan mereka yang mencantikkan dinding dengan lukisan-lukisan indah.11. Kanak-kanak di Korea Utara membawa tanah beramai-ramai untuk menampal lubang di atas jalan. Satu inisiatif yang perlu dicontoh kerajaan kita.12. Sekumpulan anak muda bersantai di tepi pantai sambil makan dan minum. Tidak diketahui sama ada mereka perlu menaiki sampan tersebut untuk pulang.