Bandar-bandar besar seperti Melbourne, London, New York dan Amsterdam kerap kali menjadi destinasi pelancong. Namun, ramai yang terlepas pandang perkampungan seperti Giethoorn, yang indah dan unik tanpa jalan raya, dan kenderaan awam seperti kereta dan bas. Jom kita selongkar tentang perkampungan Giethoorn yang jarang diketahui umum.

Sejarah Perkampungan Giethoorn

BESARKAN TEKS     A-  A+

sejarah perkampungan giethoorn

jarak giethoorn dan amsterdam

Giethoorn adalah sebuah perkampungan yang terletak di 120 kilometer daripada bandaraya Amsterdam, Belanda. Dalam bahasa kuno tempatan, Giethoorn membawa maksud tanduk kambing. Perkampungan ini mendapat namanya itu setelah para petani menemui ratusan tanduk kambing yang tertanam di kawasan tersebut, di mana berkemungkinan besar haiwan tersebut mati disebabkan oleh banjir yang pernah berlaku sebelumnya. 

Gaya seni bina perkampungan Giethoorn bukanlah hasil semula jadi. Menurut rekod sejarah, pendudukan terawal di sekitar kawasan ini bermula sejak tahun 1230 lagi, sebagai perkampungan yang tenang buat kebanyakan keluarga. Menariknya, dengan berlalunya masa, lokasi ini semakin lama menjadi semakin indah.

Beberapa ratus tahun lalu, penduduk tempatan telah menggali banyak lubang di sekitar kawasan berkenaan banyak mencari dan mendapatkan deposit gambut, yang digunakan sebagai bahan bakar. Petani pula menggunakan deposit ini untuk menambah baik struktur tanah agar lebih stabil untuk aktiviti pertanian mereka. Dengan penggalian yang berleluasa, ditambah pula dengan cuaca yang kerap hujan, terusan mula terbentuk di sekitar kawasan tersebut. Akhirnya, Giethoorn berubah menjadi perkampungan terusan seperti apa yang dapat dilihat hari ini. 

Bagaimana Penduduk Giethoorn Bergerak?

penduduk giethoorn guna bot untuk bergerak

Hari ini, Giethoorn mempunyai kira-kira 2,600 orang penduduk yang tinggal di dalam rumah di 'pulau peribadi' masing-masing. Menurut laman sesawang rasmi Giethoorn, bunyi paling kuat yang boleh didengari di kawasan tersebut adalah bunyi 'quack' itik. Ini menunjukkan betapa tenangnya Giethoorn yang bebas daripada sebarang kenderaan darat, yang menjadi punca utama pencemaran bunyi. 

Pengangkutan utama bagi melalui rangkaian terusan di Giethoorn adalah dengan menggunakan 'bot bisik', atau whisper boats. Bot bermotor ini adalah pilihan utama penduduk kerana lebih pantas dan senyap. Namun, kayak dan kanu turut digunakan sebagai medium pengangkutan. Siapa sangka, postman turut menggunakan bot untuk menghantar surat.

berbasikal di giethoorn

ice skating di giethoorn 355

Walaupun kenderaan darat seperti kereta tidak mendapat tempat di Giethoorn, namun sejak akhir-akhir ini, basikal menjadi mod pengangkutan darat yang mendapat tempat di hati penduduk tempatan. Laluan basikal dan pejalan kaki turut dibina sebagai alternatif kepada terusan dan kenderaan air. Terdapat lebih daripada 175 jambatan kecil telah dibina merentasi terusan air bagi memudahkan pergerakan pejalan kaki dan mereka yang berbasikal. 

Saiz sesetengah jambatan agak kecil sehingga tidak selamat untuk penunggang basikal merentasi melaluinya. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jambatan yang lebih besar telah dibina bagi memenuhi peningkatan jumlah penunggang basikal di Giethoorn. Kebanyakan jambatan tersebut diperbuat daripada kayu, kerana bahan ini kurang licin dan lebih mencengkam ketika turunnya hujan dan salji. 

Persoalannya, sekiranya bot adalah pengangkutan utama penduduk Giethoorn, apa yang akan terjadi pada musim sejuk di mana air terusan membeku, bagaimanan penduduk tempatan bergerak ke sana ke sini? Jawapannya agak mudah. Ice skating

Pelancongan ke Perkampungan Giethoorn

keindahan giethoorn

Memandangkan kereta perlu diletakkan di luar kawasan Giethoorn, pelancong perlu menyewa kanu atau whisper boat bagi menerokai pemandangan indah perkampungan tersebut. Selain itu, para pengunjung turut boleh menyertai salah satu tours yang disediakan di sana bagi mendapatkan maklumat lebih terperinci tentang Giethoorn di samping menikmati keindahan perkampungan tersebut. 

Sekiranya anda mempunyai banyak masa untuk diluangkan, dan ingin mengurangkan kos perbelanjaan, alternatif lain bagi menerokai Giethoorn adalah dengan berjalan kaki, atau berbasikal di laluan yang telah disediakan. Pada musim sejuk pula, aktiviti ice skating di atas terusan yang membeku menjadi aktiviti utama penduduk tempatan dan para pelancong. 

Selain keindahan pemandangan serta fauna, Giethoorn turut menempatkan 3 buah muzium yang terletak bersebelahan terusan, serta mempunyai sebuah monumen sejarah yang harus dikunjungi. 

Giethoorn dan Permainan Board Monopoly

giethoorn di dalam permainan monopoly

Setiap tahun, sebanyak kira-kira 200,000 pelancong daripada China mengunjungi Giethoorn, melebihi jumlah penduduk tempatan pada kadar 75 kepada 1. Pada tahun 2015, penduduk Giethoorn telah melobi para pelancong untuk menyertai mereka dalam sebuah kempen bagi meletakkan perkampungan tersebut di dalam permainan board Monopoly edisi antarabangsa.

Kempen ini menjadi viral di China, dengan kebanyakan mereka mengundi menyokong Giethoorn sebanyak 50 kali dalam sehari. Hasilnya, hari ini Giethoorn telah menjadi sebahagian daripada hartanah di dalam permainan Monopoly, setanding bersama dengan kota metropolis dunia seperti London, New York dan Tokyo. 

EKSTRA - Gambar Giethoorn

kampung giethoorn

terusan giethoorn

whisper boats di giethoorn

rumah di giethoorn

rumah giethoorn

geithoorn

pelancong di giethoorn

pelancong bersiar di giethoorn

jambatan kecil giethoorn

terusan kecil giethoorn

giethoorn belanda

giethoorn terusan

rumah bot di giethoorn

ketenangan di giethoorn

giethoorn musim salji

Melihat gambar-gambar perkampungan Giethoorn yang indah dan menenangkan membuatkan penulis segera ingin ke sana, supaya lebih mudah mendapat idea untuk menulis topik seterusnya!

Sumber:

  1. cntraveler.com
  2. smithsonianmag.com
  3. boredpanda.com
  4. allthatsinteresting.com
  5. en.wikipedia.org
  6. unusualplaces.org



Hakcipta iluminasi.com (2017)