Memandangkan hampir semua umat manusia di muka Bumi ini memiliki telefon pintar pada zaman ini, mengambil gambar atau selfie adalah satu perkara biasa yang dilakukan setiap hari. Malah, perkara ini menjadi satu keutamaan jika seseorang itu mengembara atau bercuti.

Sudah tentu anda akan mengambil gambar kenangan jika melawat tempat-tempat menarik dan tumpuan pelancong.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Akan tetapi, terdapat sesetengah tempat yang paling menjadi tumpuan untuk bergambar sebenarnya diharamkan untuk diambil gambar.

Terdapat juga lokasi yang terhad untuk diambil gambar manakala yang lainnya, kamera langsung tidak dibenarkan untuk dibawa mendekatinya.

1. Istana Neuschwanstein 

istana neuschwanstein

Adalah tidak mudah untuk mengambil gambar istana romantis yang terletak di Jerman ini.

Disebabkan oleh peraturan keselamatan, anda hanya dibenarkan melawat istana ini dalam lawatan selama 35 minit dengan pemandu pelancong sahaja.

Malah, pengambilan gambar dan video di dalam adalah dilarang sama sekali. Juga, anda tidak boleh membawa masuk kereta dorong bayi atau beg sandang ke dalamnya.

2. Istana Matahari Kumsusan

istana matahari kumsusan korea utara

Istana Matahari Kumsusan di Korea Utara adalah bangunan yang berfungsi sebagai makam bagi Kim Il-sung, pengasas Korea Utara dan anaknya, Kim Jong-il.

Tidak mudah masuk ke dalamnya di mana orang asing boleh mendapat kebenaran untuk masuk ke dalam istana ini hanya semasa lawatan rasmi kerajaan.

Dan orang yang berjaya masuk ke dalam istana ini harus mengikuti beberapa peraturan ketat.

Sebagai contoh, mengambil gambar atau video, merokok, dan bercakap adalah dilarang sama sekali di mana-mana kawasan dalam makam ini.

Selain itu, semua pelawat perlu melalui mesin khas yang akan meniup habuk yang ada pada tubuh badan mereka.

3. Grand Canyon

gambar grand canyon tidak dibenarkan diambil

Salah satu lembah terdalam di dunia ini dikunjungi oleh 4 juta orang setiap tahun.

Pelancong sering pergi ke dek pemerhatian khas untuk menikmati pemandangan menakjubkan dari jambatan kaca yang terdapat disini.

Di sinilah tempat di mana anda tidak boleh mengambil gambar. Malah, pelancong sebenarnya dilarang membawa kamera.

Juga, anda perlu memakai penutup kasut khas untuk melindungi kaca dari tercalar.

4. Taj Mahal

gambar dalaman taj mahal tidak dibenarkan diambil

Taj Mahal merupakan antara salah satu keajaiban dunia moden yang mampu membuatkan mereka yang melihatnya terkesima.

Gambar bangunan ikonik ini boleh diambil sebanyak yang anda mahu, tetapi dari luar sahaja.

Anda dilarang sama sekali daripada mengambil gambar bahagian dalaman Taj Mahal.

Anda juga tidak dibenarkan makan, membuat bising atau merokok dalam bangunan ini, Malah, telefon bimbit harus dipadamkan.

5. Sistine Chapel

sistine chapel

Bangunan ini satu ketika dahulu digunakan sebagai sebuah gereja dan hari ini ia merupakan sebuah muzium serta monumen yang luar biasa dari zaman Renaissance.

Jadi, adalah tidak begitu mengejutkan jika ia menarik beribu-ribu pelancong ke sini dan mereka tidak boleh mengambil gambar apa yang terdapat di dalamnya.

Pelancong juga harus diam ketika berada di dalam Sistine Chapel.

6. Eiffel Tower

gambar waktu malam menara eiffel tidak dibenarkan diambil

Tak dapat dinafikan, Menara Eiffel adalah lokasi bergambar yang paling popular di dunia.

Ia merupakan tumpuan pelancong yang wajib untuk diabadikan dalam minda dan juga media sosial pada zaman ini.

Namun, terdapat batasan tertentu bagi mengambil gambar menara ikonik ini.

Bagi yang tak tahu, pencahayaan waktu malam pada menara ini adalah sejenis seni dan dilindungi oleh undang-undang hak cipta.

Jadi, adalah menjadi satu kesalahan jika anda mengambil gambar dan berkongsi gambar tersebut tanpa kebenaran bertulis.

Namun jika anda bukan seorang jurugambar profesional dan hanya mengambil gambar untuk kegunaan sendiri, anda tidak perlukan kebenaran dari pihak berkuasa.

7. Westminster Abbey

westminster abbey

Gambar bahagian dalam bangunan ini tidak dibenarkan diambil pelancong kerana pihak berkuasa percaya bahawa mengambil gambar membuatkan orang ramai tidak menikmati keindahan unik dan sejarah Westminster Abbey.

Selain itu, mengambil gambar boleh menganggu suasana suci bangunan ini yang merupakan sebuah gereja yang masih digunakan.

Apa yang anda boleh lakukan adalah memuat turun gambar bahagian dalamnya dari laman sesawang, tetapi hanya untuk kegunaan peribadi sahaja.

8. Kasino di Las Vegas

sesetengah kasino di las vegas tidak dibenarkan mengambil gambar

Di beberapa kasino yang terdapat di Las Vegas, mengambil gambar adalah diharamkan atas sebab keselamatan.

Ini dilakukan untuk mengelakkan sebarang kemungkinan rompakan dan melindungi kehidupan peribadi pelawat daripada diganggu.

Pada masa lalu, adalah dilarang untuk mengambil gambar di hampir semua kasino di bandar ini, tetapi dari masa ke masa, batasan-batasan itu telah diangkat di beberapa kasino.

Walau bagaimanapun, sesetengah pelancong masih berjaya untuk mengambil gambar secara diam-diam.

Rujukan:

1. Las Vegas Advisor

2. Taj Mahal

3. Tour Eiffel

4. Westminster Abbey




Hakcipta iluminasi.com (2017)