Oleh pada 05 Sep 2018 kategori

Terdapat sebuah penempatan di Kutub Selatan yang mempunyai sebuah sekolah, pejabat pos, bank dan beberapa deretan rumah.

Ia sama sahaja seperti perkampungan suhu bawah sifar di negara lain. Cuma ada satu pengecualian : keluarga yang ingin menetap di sini perlu melalui pembedahan sebelum berpindah.

Selamat Datang ke Villas Las Estrellas

Bayangkan anda perlu membuang apendiks untuk hidup di tempat tinggal anda sekarang. Bukan sahaja anda, malah seluruh ahli keluarga anda juga (termasuk kanak-kanak) perlu menjalani prosedur membuang apendiks.

BESARKAN TEKS     A-  A+

villa las estrellas sekolah pelajar

Hanya itu sahaja pilihan yang ada bagi penduduk Villas Las Estrellas yang ingin bermastautin di sini.

Prosedur apendektomi merupakan langkah pencegahan yang perlu dilakukan oleh residen yang akan menetap untuk tempoh yang lama. Hal ini demikian kerana hanya terdapat beberapa orang doktor sahaja yang bertugas di sini dan kesemuanya bukanlah doktor pakar atau pakar bedah.

Tambahan pula, hospital yang paling hampir adalah lebih 1,000km jauhnya sehingga melepasi penghujung Pulau King George dan berada di sebalik timbunan ais Lautan Selatan.

pekan kecil kutub selatan 97

Walaupun penempatan yang mempunyai populasi sekitar 100 orang ini lebih kerap melihat saintis dan pegawai tentera yang silih berganti, namun mereka yang bertugas dengan pihak tentera untuk jangka panjang kebiasaannya membawa ahli keluarga bersama. Ini bermakna kawasan ini perlu mempunyai sebuah sekolah, pejabat pos, bank dan pelbagai kemudahan asas yang lain.

Kehidupan di Kutub Selatan

Sejurus anda tiba di penempatan ini, anda boleh lihat sebuah papan tanda "Selamat Datang" dan tiang yang dipenuhi anak panah untuk mengingatkan anda tentang betapa jauhnya bandar moden yang lain. Beijing, misalnya, berada hampir 15,000km jauhnya dari lokasi ini.

penempatan villas las estrellas kutub selatan antartika

Sebuah landasan pendaratan batu kerikil berhampiran merupakan jalan utama masuk dan keluar ke kawasan ini menggunakan pesawat tentera seperti Lockheed C-130 Hercules.

Bangunan asas di sini dibina berpaut kepada batu-batuan dengan binaan saluran-saluran paip di antaranya. Sukar untuk menahan nafas di sesetengah tempat kerana anda akan terus terhidu bau ekzos dan tandas kimia yang menusuk. Beginilah kehidupan di kawasan perindustrian.

hidup berkeluarga di antartika kutub selatan

Walaupun begitu, bahagian dalam bangunan adalah sangat selesa dan menyenangkan. Banyak dinding memaparkan memorial dan gambar ekspedisi yang lepas dan juga pelawat yang pernah tiba di situ, termasuklah Stephen Hawking.

Min suhu tahunan di sini adalah -2.3°C iaitu lebih 'panas' berbanding suhu di tanah besar Antartika.

stephen hawking pernah tiba di villas las estrellas

Bacaan lanjut: Bagaimana suasana bekerja di Kutub Selatan?

Hidup berkeluarga

Sergio Cubillos Alvarado merupakan komander di pangkalan udara Presiden Eduardo Frei Montalva. Beliau yang berasal dari Chile telah tinggal di sini bersama isteri dan anak lelakinya selama lebih dua tahun. Walaupun ahli keluarganya sekali-sekala akan pulang ke Chile, namun Komander Sergio tidak pernah meninggalkan lokasi itu.

Menurut Komander Sergio, cuaca di Kutub Selatan adalah amat mencabar. Pada musim sejuk, mereka tidak mampu untuk meninggalkan rumah kerana suhu mencecah -47°C.

penduduk villas las estrellas

Walaupun menghadapi pelbagai dugaan hidup berkeluarga di Kutub Selatan, keluarganya telah berjaya menyesuaikan diri dan sukakan cabaran ketika berada di luar.

kenderaan pergi dan pulang dari sekolah villas las estrellas antartika kutub selatan

Ada juga petugas di sini yang bekerja bersama pasangan mereka, seperti pasangan doktor di hospital pangkalan tentera udara.

Walaupun dibenarkan membawa pasangan dan ahli keluarga, selain perlu menjalani pembedahan pembuangan apendiks, mereka juga tidak disarankan untuk mengandung kerana ia terlalu berisiko dan mengundang bahaya.

Sanggupkah anda hidup bersama suami atau isteri serta anak-anak dalam cuaca dan keadaan sedemikian?

Rujukan: Los Tiempos,BBC




Hakcipta iluminasi.com (2017)