Kredit foto: Instagram Farid Kamil

Gara-gara mewarnakan rambut dengan warna blonde, aktor Farid Kamil takut dikecam peminat sehingga sanggup berkurung dalam rumah selama seminggu!

Menurut Farid, penampilannya itu menimbulkan rasa kurang yakin pada diri meskipun mendapat sokongan baik daripada isterinya, aktres Diana Danielle.

Pun begitu, niat Farid menukar warna rambut hanyalah semata-mata untuk menghidupkan watak dalam drama bersiri terbaruĀ Lafazkan Kalimah Cintamu.

farid kamil sembunyi dalam rumah seminggu gara gara ini 2

Kredit foto: Instagram Farid Kamil

Kalau diikutkan selepas mewarnakan rambut seminggu saya tak keluar rumah sebab malu dengan warna rambut blonde saya ni. Walaupun isteri saya kata ia kelihatan okay sahaja tetapi saya rasa macam lain. Saya perlu mewarnakan rambut kerana watak saya dalam drama itu sebagai lelaki kacukan Mat Saleh dan Melayu dan bukannya suka-suka.
Sumber: Mstar

Antara pelakon lain yang menjayakan drama adaptasi novel itu adalah Nelydia Senrose, Uqasha Senrose, Azhar Sulaiman dan Elly Suriati.

Dalam perkembangan lain, Farid bakal muncul dengan filem terbaru berjudul Tombiruo: Penunggu Rimba.

Mengulas mengenai penggambaran filem yang juga diadaptasikan daripada novel itu, Farid berkata, pelbagai pengorbanan terpaksa dilakukannya termasuk pengalaman berjauhan dengan anak-anak dan juga bermalam di dalam hutan.

Namun semuanya terasa berbaloi kerana produk yang terhasil bukanlah calang-calang.

farid kamil sembunyi dalam rumah seminggu gara gara ini 3

Kredit foto: Instagram Farid Kamil

Jarang saya dapat bertemu anak-anak kerana apabila saya bangun mereka masih tidur dan sebaliknya. Kadang-kadang tidur dalam hutan yang memang tidak selesa tetapi demi komitmen saya berkorban kerana ia sebuah filem yang cukup mengagumkan.
Sumber: Mstar

Lebih menarik adalah keberanian pengarahnya dalam membawakan genre yang lari daripada lambakan filem yang ada di pasaran sekarang.

Malah watak "Amiruddin" mempunyai warna tersendiri yang cukup mengujakan aktor itu.

Bagi saya untuk membawakan watak sebagai Amiruddin sesuatu yang mencabar kerana perlu memenuhi citarasa penonton terutamanya pembaca novel terkenal itu. Saya perlu bijak seimbangkan karakter itu kerana watak Amiruddin sangat dinamik. Walaupun novel Tombiruo: Penunggu Rimba sudah lama tetapi saya teruja dapat menjayakan filem ini kerana jalan ceritanya segar dan jarang ada pengarah mengangkat genre berbeza daripada kebiasaan.
Sumber: Mstar

Filem adapatasi novel karya Ramlee Awang Murshid itu turut menampilkan pelakon Zul Ariffin, Nabila Huda, Faizal Hussein, Farah Ahmad, Artu, Hasnul Rahmat, Michael Chen, Datuk M. Nasir, Datin Marlia Musa, Muhammad Al-Rayyan dan ramai lagi. Ditayangkan di pawagam mulai 12 Oktober ini.




Hakcipta iluminasi.com (2017)