Oleh pada 17 Aug 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Elfira Loy & Instagram Makcik Puaka

Kelihatan seperti diasak sebuah lagi kontroversi baharu selepas isu pertunangannya dengan Sufian Suhaimi, pelakon Elfira Loy tampil bersuara.

Petang semalam, aktres sensasi itu membuat kenyataan di laman Instagram meluahkan perasaannya di ketika ini.

"Kalau orang nak jatuhkan orang lain dia akan usaha pelbagai cara yang believeable untuk membuat orang percaya kepada fitnah.

"Begitu yakin membentangkan kesalahan dan kesilapan yang mungkin betul dan salah," tulisnya.

Sebelum ini, tersebar foto pada satu fail tertera nama penuhnya, Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri hingga menjadi bualan warganet.

Ia asalnya dimuat naik menerusi Instagram Makcik Puaka dan dikatakan mempunyai kaitan dengan notis muflis.

Berkenaan tindakan berani individu tertentu cuba menjatuhkan beliau, pelakon Separuh Jiwaku ini berharap mereka sedar perbuatan itu akan berbalik kepada diri sendiri kerana kehidupan yang punya pasang surutnya.

fail notis muflis tersebar ini reaksi elfira loy 2

Kredit foto: Instagram Elfira Loy

"Persoalannya, kenapa begitu murah hati membuang buang perasaan baik yang ada pada hati hanya kerana dengki?

"Bagaimana anda boleh begitu yakin yang dunia tidak akan berputar dan jatuh pada batang hidung sendiri.

"Hidup ini kena sentiasa berpada-pada kerana ujian tidak pernah hadir pada saat kita duga. Kadang ia hadir untuk mengajar kita kadang ia hadir untuk menaikkan darjat kita disisi-Nya," katanya.

Tidak gentar, pelakon bertudung itu menunjukkan ketenangannya dalam berhadapan ujian getir yang muncul saat ini.

"Saya macam biasa hanya mampu melihat dan tersenyum mendoakan yang terbaik. Kerana yang baik tidak datang pada lisan tapi pada perbuatan. Jadi lihat," katanya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)