Oleh pada 25 May 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Nazim Othman & Instagram Bella Dally

Aktres Elfira Loy kesal apabila namanya terpalit dengan isu perceraian pasangan Nazim Othman dan Bella Dally.

Elfira, 24, dalam temubual bersama BH Online berkata, dia yang berkawan rapat dengan kedua-dua selebriti itu juga terkejut apabila mendengar khabar perceraian mereka menerusi media sosial.

Elfira beranggapan dirinya dianggap sebagai 'orang ketiga' kerana Nazim dan Bella enggan berterus-terang masalah sebenar yang dihadapi dalam perhubungan mereka.

"Hanya kerana sekeping foto yang dimuat naik, pelbagai spekulasi timbul. Mungkin ini berlaku kerana Bella dan Nazim memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai perpisahan mereka.

"Malah, foto itu dirakamkan selepas mereka bercerai. Saya tak tahu bagaimana spekulasi itu boleh timbul pula, sedangkan kami sudah berkawan sejak dulu lagi," katanya.

Elfira yang juga pelakon drama Separuh Jiwaku berharap tuduhan yang disifatkannya mengarut itu dapat dihentikan serta-merta.

dikatakan punca nazim othman dan bella daly bercerai elfira loy beri kenyataan kepada media 2

Kredit foto: Instagram Elfira Loy

"Saya harap tuduhan seperti ini tidak timbul lagi. Bagi saya ia bersifat kebudak-budakan," katanya.

Mengulas mengenai nasib perhubungan Nazim dan Bella, aktres itu merasakan bekas suami isteri berkenaan sudah berbincang sehabis baik sebelum memilih untuk mengakhiri ikatan perkahwinan mereka.

"Pasti mereka sudah mengkaji semua perkara baik dan buruk sebelum mengambil keputusan berpisah," katanya.

Dalam pada itu, mengenai kehadirannya menjayakan majlis pelancaran skuad selebriti Shoppe di ibu kota pada Rabu, Elfira memberitahu ia adalah salah satu langkah untuk memperkasakan lagi jualan produk perniagaannya.

"Saya tidak ada agen untuk mempromosikan produk sebelum ini, jadi diharapkan kolaborasi ini menjadi platform untuk meluaskan perniagaan saya," katanya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)