Oleh pada 12 Jun 2017 kategori

Kredit foto: tv14.my 

Nampaknya penyanyi Shahir Zawawi semakin terbuka dalam membicarakan soal hubungannya bersama aktres Erra Fazira.

Sejak kembali aktif dalam dunia hiburan, Juara Akademi Fantasia Musim Kelapan itu kerapkali mengeluarkan kenyataan berhubung percintaan mereka.

Masih merahsiakan status hubungan kerana menganggap perkara tersebut sebagai sesuatu yang bersifat peribadi, Shahir mengakui telahpun bertemu dengan keluarga Erra.

Malah beliau enggan melengahkan lagi perancangan ke arah perkahwinan kerana sedar hubungan yang terjalin antara mereka adalah sesuatu yang serius.

Saya juga tidak mahu lagi melengahkan perkara yang baik. Saya mohon semua supaya mendoakan yang terbaik untuk kami berdua. Memang kami merancang, tetapi Allah yang menentukan semuanya. Sampai masa, saya akan berkongsi segala-galanya. Cuma, ketika ini belum ada tarikh pasti dan saya juga perlu menghormati pihak lain. Saya faham situasi Erra yang terpaksa menjawab pelbagai pertanyaan. Apa yang dapat saya katakan, kami berdua memang serius.

Sumber: BH Online

Shahir turut mendedahkan dia ada mengambil peluang untuk berbuka puasa bersama-sama dengan Erra baru-baru ini.

Benar apa yang dikatakan Shahir. Perkara yang baik mengapa harus ditangguhkan. Kita tunggu sahaja pengumuman berita tersebut yang bakal menyusul tidak lama lagi. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)