Apakah perkara pertama yang anda lakukan sekiranya anak anda dilahirkan cacat dan kecacatan yang ditakdirkan keatas anak anda itu merupakan suatu misteri? Terdapat ramai kanak-kanak yang cacat atau mempunyai penyakit misteri yang disisih oleh komuniti masing-masing, dibuli, malah lebih menyedihkan, digugurkan sebelum sempat melihat dunia.
Tetapi kanak-kanak ini mempunyai kisah yang sangat berlainan. Inilah kisah sebenar yang berlaku di India mengenai seorang kanak-kanak lelaki yang mempunyai kecacatan yang misteri dan dipuja oleh masyarakat sekeliling sebagai penjelmaan semula Dewa Hindu, Ganesha.
BESARKAN TEKS A- A+
Memperkenalkan, Pranshu. Dia dilahirkan di sebuah negeri di India yang bernama Jalandhar, dan dia dilahirkan dengan dahi yang besar, mata yang sepet dan tidak dapat berjalan secara normal. Kecacatan ataupun penyakitnya merupakan suatu misteri yang masih belum berjaya dirungkaikan oleh doktor. Berasal daripada keluarga miskin, mereka tidak mampu untuk mendapat rawatan yang lebih lanjut. Gaji bapanya kurang daripada 4 pound sehari dan dia mempunyai seorang lagi anak yang cacat sepert Pranshu, cuma boleh berjalan.
Yang membuatkan Pranshu dipuja oleh masyarakat sekeliling, bukanlah kecacatan fizikalnya yang menakutkan, tetapi rupanya yang menyerupai salah satu Dewa Hindu yang bernama Ganesha. Inilah rupa Dewa Ganesha menurut penganut agama Hindu:
Dewa Ganesha, menurut penganut agama Hindu merupakan Dewa yang mempunyai kepala gajah dan bertugas untuk memberi kekayaan, kejayaan dan nasib baik. Segala hajat yang dipohon kepada Dewa Ganesha, menurut mereka akan dimakbulkan.
Rupa paras kanak-kanak ini yang mirip Dewa Ganesha menyebabkan orang ramai percaya yang dia merupakan jelmaan semula Ganesha. Dia malah digelar “Ganesha Ji” dan kebanyakan orang memang tidak tahu nama sebenarnya kerana terlalu kerap dipanggil dengan nama panggilannya.
Setiap hari Khamis, bapanya akan membawa Pranshu ke kuil untuk dipuja. Malah, setiap orang yang berselisih dengan dia akan menunduk tanda hormat kepadanya. Guru-guru disekolah juga menghormatinya dan memujanya. Ibu bapanya, adik-beradiknya dan sanak-saudara yang lain turut tidak terkecuali memuja. Menurut ayahnya, Kamlesh, mereka sekeluarga memang percaya yang anaknya ialah Dewa. Seluruh badannya dikatanya menyerupai Ganesha dan dia memberi rahmat kepada semua orang. Setiap kali anaknya ke sekolah, akan ada orang yang menyambut dengan bunga. Tetapi, disebalik kebanggaan itu, terselit kerisauan kerana dahi anaknya itu semakin membesar dari sehari ke sehari.
Ketika ditanya kepada Pranshu sekiranya kecacatannya membuatkan dia berasa sedih, dia menjawab
“Saya berasa gembira kerana orang memanggil saya dengan gelaran Ganesha Ji. Gelaran itu membuatkan saya gembira. Saya ingin terus kekal sebegini dan saya berasa gembira dengan kepala saya yang besar dan muka saya”.
Menurutnya lagi, kecacatannya yang dipuja itu membuatkan dia bernasib baik dan tidak pernah dibuli atau diejek oleh kanak-kanak lain.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut menegani cerita Pranshu dan kecacatannya, anda boleh tonton video dibawah.
Sumber: