Hindu adalah salah satu daripada agama terbesar di dunia, bersama-sama dengan agama Islam, Kristian, dan Buddha. Jika digabungkan, terdapat lebih dari 1 bilion penganut Hindu di dunia ketika ini, dan lebih dari 97% penduduk Hindu di seluruh dunia tinggal di India.

Sebagai salah satu agama tertua di dunia, Hindu menubuhkan tradisi yang berkaitan dengan ibadat kepada ketuhanan ilahi Brahma, Vishnu, dan Shiva, sebagai Pencipta, Penyelamat, dan Pengubah Alam Semesta.

BESARKAN TEKS     A-  A+

India

india negara paling ramai penganut hindu

India mempunyai populasi Hindu terbesar di dunia dengan 870 juta penganut. Angka ini mewakili hampir 80% penduduk negara ini.

India adalah salah satu daripada beberapa negara di dunia di mana Hindu merupakan agama majoriti. Agama-agama utama lain di India termasuklah Islam, Kristian, dan Sikhisme, yang mana masing-masing mewakili 14.2%, 2.3%, dan 1.7%.

Menurut sejarah, agama Hindu berasal dari utara India berhampiran tebing Sungai Indus.

Nepal

teej adalah upacara hindu terbesar untuk wanita di nepal

Nepal mempunyai 21.6 juta penganut Hindu. Walaupun berada di kedudukan kedua senarai ini, namun jumlah ini jauh berbeza dengan India, iaitu hanya 2.5% berbanding penganut Hindu di Inia.

Namun, dari segi peratusan penduduk, Nepal memiliki penduduk Hindu terbesar di dunia di mana 73.7% dari penduduk negara ini adalah penganut Hindu.

Dalam perayaan budaya Hindu, Nepal menganjurkan beberapa festival setiap tahun termasuk perayaan Dashain dan Yomari punhi. Agama Buddha juga mempunyai pengaruh yang kuat di negara ini. 

Bangladesh

hindu di bangladesh

Hindu adalah agama kedua paling biasa di Bangladesh selepas Islam di mana terdapat sekitar 14.5 juta penganut Hindu di Bangladesh.

Agama Hindu yang diamalkan di Bangladesh adalah sangat mirip dengan Hindu yang diamalkan di India.

Kadar vegetarianisme yang tinggi di Bangladesh membuktikan berapa besarnya penduduk Hindu di negara ini di mana pengambilan daging dalam pemakanan adalah dilarang. 

Pakistan

hindu di pakistan

Pakistan adalah rumah kepada 4.5 juta orang penganut Hindu dan kebanyakan daripada mereka ini merupakan serpihan penganut Hindu dari India, yang mana sebelum itu Pakistan merupakan sebahagian daripada India.

Pakistan muncul sebagai negara yang berasingan pada tahun 1948, dengan mengisytiharkan untuk membentuk negara Islam.

Hal ini mencetuskan penghijrahan terbesar yang pernah disaksikan di Asia dengan masyarakat dan keluarga terpaksa berpindah dari satu negara ke negara lain disebabkan oleh ciri kepercayaan agama mereka.

Sejak itu, penduduk Hindu di Pakistan semakin menurun.

Indonesia

hindu di indonesia

4 juta Hindu tinggal di Indonesia, yang juga merupakan antasa salah satu negara dengan penduduk Islam tertinggi di dunia.

Pulau Bali di Indonesia didedikasikan khas untuk Hinduisme dengan wujudnya begitu banyak kuil dan patung yang menggambarkan sains dari mitos-mitos terkenal Hindu serta tradisi Hindu yang mendalam di sebalik majoriti penduduk asli pulau itu.

Sri Lanka

kuil hindu di sri lanka

Negara pulau Sri Lanka adalah tempat tinggal 2.6 juta penganut Hindu dan sejarah purba negara ini sangat berkait rapat dengan mitologi dan budaya Hindu.

Disebabkan oleh lokasi yang sangat hampir dengan sumber Hindu yang paling kuat iaitu India, Sri Lanka mempunyai peluang yang besar untuk menjadi negara Hindu mutlak.

Namun, maharaja abad ke-15 yang sangat hebat iaitu Ashoka telah memeluk agama Buddha dan menghantar anak lelakinya untuk membawa ajaran Buddha ke pulau Sri Lanka.

Hal ini telah mengubah sejarah yang memberikan pengaruh Buddha ke pulau dan penduduknya untuk beberapa abad yang akan datang.

Hindu di Dunia Barat

hindu di amerika syarikat

Satu lagi penghijrahan skala besar abad ke-20 mungkin disebabkan oleh tambang murah dan peluang pekerjaan di Hemisfera Barat.

Penganut Hindu seramai 2.3 juta di Amerika Syarikat dan 835,418 lagi yang tinggal di United Kingdom kebanyakannya merupakan hasil daripada perpindahan tenaga kerja sejak seratus tahun yang lalu.

Hindu di Malaysia

negara dengan penganut hindu paling ramai di dunia

Hindu adalah agama ke-4 terbesar di Malaysia dengan kira-kira 1.78 juta penganutnya yang merangkumi 6.3% daripada keseluruhan penduduk Malaysia (menurut Banci Malaysia 2010).

Jumlah ini dilihatkan meningkat berbanding Banci Malaysia 2000 yang menunjukkan bahawa terdapat 1.38 juta sahaja penganut Hindu. 

Kebanyakan umat Hindu di Malaysia menetap di bahagian barat Semenanjung Malaysia. Terdapat 3 negeri di Malaysia menjadi wilayah bagi terbesar penganut Hindu, di mana peratusan Hindu melebihi 10% daripada penduduk setempat.

Menurut Banci 2010, negeri dengan penduduk Hindu paling ramai adalah Negeri Sembilan dengan 13.4% daripada jumlah penduduk, diikuti Selangor dengan 11.6% dan Perak dengan 10.9%. 

Ketiga-tiga yang disebutkan secara teknikalnya dikira sebagai kawasan Hindu. Negeri dengan penduduk Hindu paling sedikit adalah Sabah iaitu hanya 0.1% sahaja. 

10 negara dengan penganut Hindu paling ramai di dunia

10 negara dengan populasi hindu paling ramai di dunia

Rujukan:

1. History

2. Pew

3. WA

4. Global Economy




Hakcipta iluminasi.com (2017)