Kredit foto: Beautifulnara
Aktres, hos dan penulis skrip, Rafidah Abdullah menulis kenyataan di ruangan bio laman Instagram peribadinya dipercayai sebagai respon susulan penyebaran dakwaan perkahwinan beliau dengan kaum sejenis
Tulis Rafidah, "Sedang mengumpul pahala daripada fitnah orang."
Sejak dua hari lalu, timbul spekulasi mengatakan dirinya mengahwini kaum sejenis ketika berada di Australia.
Lanjutan itu, beliau menerusi paparan skrin perbualan dengan seorang peminat, menggesa agar mana-mana pihak membuat semakan pendaftaran kahwin dan passportnya jika benar spekulasi yang disebarkan ini.
Kredit foto: Beautifulnara
Tinjauan foto-foto di laman Instagram beliau memperlihatkan wanita yang dikatakan pasangannya itu sering bergambar bersamanya sebagai teman rapat.
Malah bekas pengacara program 3R ini juga aktif memuat naik gambar bersama rakan-rakan wanitanya yang lain.
Dalam pada itu, akaun Instagram 'pasangan' Rafidah yang berkongsi foto-foto kontroversi mereka sebelum ini didapati telahpun dinyahaktifkan atau barangkali ditukar kata namanya kerana sudah tidak dapat dikesan.
Kredit foto: Beautifulnara
Sumber berita: Sinar Harian