Oleh pada 12 Aug 2017 kategori

Kredit foto: hangat.com & musicjinni.com

Isteri Hafiz Hamidun, Joy Revfa melahirkan rasa tidak puas hati apabila ada di kalangan pengikut Instagramnya yang mendakwa beliau menjadi punca keretakan rumah tangganya sendiri.

Segalanya bermula apabila Joy memuat naik sekeping foto bersama anaknya berserta kapsyen berbunyi, "Saya mahu lebih fokus melindungi dan menjaga amanah Allah swt ini @ArryanFirdaus. Doakan kami berdua. #alhamdulillah #hikmahterindah."

Susulan itu rata-rata para pengikut Joy memberikan ucapan semangat agar dia tidak berputus asa untuk mempertahankan ikatan perkahwinannya.

Namun situasi menjadi hangat apabila segelintir pengikut mengeluarkan tuduhan yang menimbulkan kemarahan Joy.

Dalam komen-komen tersebut, Joy didakwa tidak mendengar nasihat suami sehingga berlakunya kemelut rumah tangga.

Joy yang tidak dapat menahan sabar lantas menempelak, "Ada bukti saya melawan kata-katanya? Jangan fitnah sesuka hati ya." 

dikatakan melawan cakap hafiz hamidun ini respon panas joy revfa 2

Kredit foto: intrend.com.my

Terdahulu, perkahwinan pasangan suami isteri itu dikatakan bergolak selepas Joy menulis beberapa kapsyen di laman Instagram yang membayangkan sesuatu yang buruk sedang melanda rumah tangga beliau.

Keadaan bertambah panas apabila Hafiz bertindak memadam kesemua foto bersama Joy di Instagram.

Sehingga kini pihak media dan netizen masih menantikan kenyataan rasmi berhubung isu tersebut yang bakal dikeluarkan Hafiz. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)