Oleh pada 03 May 2018 kategori

Kredit foto: BH Online

Ustaz Don Daniyal menyangkal dakwaan kononnya mengahwini isteri kedua baru-baru ini.

Penceramah selebriti itu berkata, setakat ini dia masih mempunyai seorang isteri iaitu yang dinikahinya pada tahun 2012, Dr. Husna Zahry.

“Jujurnya saya belum pernah mendengar gosip mengatakan saya kahwin dua dan tidak tahu langsung mengenainya.

“Dakwaan itu tidak benar! Kalau benar saya kahwin dua, seronoklah... Setakat ini isteri saya hanya seorang,” katanya menurut portal Mstar Online.

Beliau membuat kenyataan tersebut sewaktu menghadiri majlis tayangan program Ramadan 2018 anjuran Astro yang berlangsung di Wow KL, semalam.

Sementara itu, Don berkata, dia terbuka untuk menghebahkan berita pernikahannya sekiranya hal itu benar-benar berlaku memandangkan ia perkara yang baik dan tidak wajar diselindungkan.

dikatakan kahwin lagi ini kenyataan ustaz don daniyal 2

Kredit foto: Mstar

"Kalau benar, pasti saya tak akan sorok kerana perkahwinan merupakan perkara yang baik.

“Bagaimanapun cerita saya kahwin dua ini memang tidak benar, jadi memang tidak betul, “ jelasnya.

Dalam pada itu, Don akui gosip itu bakal mengundang rasa marah isterinya, namun dalam masa sama, dia yakin wanita itu seorang yang arif dalam menilai cakap-cakap orang. 

Beralih sisi kerjaya, Don bakal mengemudi program Al Kauthar Sentuhan Qolbu yang bersiaran di saluran Astro Oasis dan Maya HD sempena Ramadan ini, bermula 14 Mei.

Ditayangkan jam 7 petang, setiap Isnin hingga Ahad.




Hakcipta iluminasi.com (2017)