Oleh pada 30 Sep 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Eizlan Yusof

Instagram aktor Datuk Eizlan Yusof bersama personaliti lain termasuk bekas wartawan penyiaran TV3, Azrinaz Mazhar Hakim dibanjiri ucapan tahniah oleh para pengikut.

Ini susulan beberapa keping foto yang dimuat naik mereka dengan niat asal untuk bergurau telah disalahtafsir peminat.

Ramai yang menganggap para selebriti ini sedang melangsungkan majlis pernikahan secara tertutup.

"Tidak mungkin saya akan menyembunyikan hari bahagia dengan pihak media. Semua itu hanya usikan daripada beberapa teman dalam kumpulan sembang kami dan tidak sangka pula ada yang mengambil serius hingga ia jadi kecoh.

"Sebenarnya, gambar itu diambil ketika kami menghadiri majlis perkahwinan anak kawan, Datuk Seri Zahini Yussof yang berlangsung pagi tadi. Disebabkan status kami yang masih solo, jadi beberapa teman menjadikannya sebagai bahan gurauan," jelasya memetik laporan portal Berita Harian Online.

Kata Eizlan, segalanya bermula dalam kumpulan sembang mereka yang juga dianggotai Datuk Shah Rezza, Datuk Ziela Jalil dan Azrinaz termasuk beberapa kerabat diraja.

Hanya kerana mereka masih solo, maka sering menjadi usikan nakal tentang siapakah yang bakal bertemu jodoh dahulu.

Namun aktor itu sedikitpun tidak terkesan kerana tahu ia hanyalah jenaka semata.

"Ada saja gurauan mereka yang mahu melihat siapa antara kami berempat yang akan bertemu jodoh dulu. Sejak dulu, kami sering menjadi bahan gurauan mereka tetapi, kami tidak pernah ambil hati," luahnya.

Dalam pada itu, Eizlan menegaskan dia masih belum mempunyai teman wanita selepas perceraian perkahwinan terdahulu.

Malah dia kini sibuk di set penggambaran drama bersiri Dendam Aurora.

"Saya belum mempunyai teman istimewa, apatah lagi ketika ini saya sibuk melunaskan baki penggambaran drama Dendam Aurora yang dijangka berakhir bulan depan," katanya

Untuk info, Eizlan pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Vie Shantie Harun. Sepanjang perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia.

Sumber berita: BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)