Oleh pada 13 Aug 2017 kategori

Pelakon Chacha Maembong yang juga merupakan adik kepada Emma Maembong menjelaskan keseriusan ikatan kasih yang terjalin dengan seorang lelaki berbangsa Cina bernama Leslie.

Pemilik nama sebenar Siti Aisyah Ismail (21 tahun) itu memberitahu bahawa keluarga kedua-dua belah pihak telah mengenali antara satu sama lain.

Hubungan saya dan kekasih boleh dikatakan semakin serius. Saya dah berjumpa dengan keluarga dia dan begitu juga dengannya.


Alhamdulillah, keluarga kami memberi restu hubungan cinta ini. Tidak ada halangan biarpun saya dan dia berlainan agama.

Menurutnya lagi, mereka berdua pernah berbincang untuk berkahwin selain kesediaan Leslie untuk memeluk agama Islam.

Insya-Allah kalau ada jodoh kami memang ada perancangan untuk berkahwin. Saya dan Leslie pernah berbincang yang dia nak peluk agama Islam.


Namun, bukan dalam waktu terdekat ini. Saya pun masih lagi muda dan perjalanan karier masih panjang.


Lagipun biarlah Emma berkahwin terlebih dahulu. Saya tak mahu langkah bendul .

Melalui tempoh percintaan selama hampir setahun, aktres berasal dari Pantai Timur ini sempat berkongsi pengalaman bekerjasama dengan pelakon Bollywood, Gulshan Grover dan Farida Jalal menerusi filem berjudul 'I'm Not A Terrorist'.

Apabila saya dapat tawaran berlakon bersama bintang terkenal Bollywood memang sangat teruja dan dalam waktu yang sama ada juga perasaan takut.


Mana tidaknya, saya hanya pelakon biasa yang baru nak membina nama dalam industri. Manakala mereka antara nama yang besar dalam dunia Bollywood.


Tapi bekerjasama dengan mereka sangat seronok. Gulshan banyak membantu saya dalam menjiwai watak dan Farida pula sentiasa memberi tunjuk ajar .

Untuk info, filem arahan Arjin Uppal ini turut dilakonkan oleh Rahul Dev dan pelakon tempatan, Afiq Muiz dan bakal ditayangkan pada 5 Oktober akan datang.

chacha maembong rancang kahwini jejaka cina 685

Kredit foto: Instagram.com/chacha_maembong

Sumber berita: mStar Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)