Ahmad mematikan enjin lalu memeriksa sama ada tertinggal wang atau barangan berharga dalam keretanya. Selepas puas hati, dia melangkah keluar lalu tersenyum memandang mekanik Cina yang menghampirinya.
"Abang, air cond tak sejuk la," kata Ahmad.
"Itu talak sejuk macam mana? Masa jalan ka, masa driving ka?" tanya mekanik itu. Ahmad masuk semula ke dalam kereta lalu menghidupkan enjin kemudian penyaman udara dimulakan.
BESARKAN TEKS A- A+
"Aiyoo, angin saja ini woo," kata mekanik Cina itu berseloroh. "You ada tukar gas ka?" tanya dia.
Ahmad menggelengkan kepala. Mekanik Cina itu kemudiannya memanggil kawannya datang, lalu mereka mula berbincang dalam bahasa Mandarin.
"空气不冷,你的意见是什么" tanya lelaki CIna itu kepada kawannya. Kawannya masuk ke kereta Ahmad lalu memeriksa kesejukan.
"也许空调泄漏?" kata kawannya. Lelaki itu tunduk lalu memeriksa bahagian bawah enjin kereta Ahmad.
"没问题。可能试着先补充气体然后看看," kata kawannya.
Ahmad merenung saja perbualan mereka tanpa difahami sepatah pun.
"Mungkin kita cuba tukar gas dulu la bang," kata mekanik yang pertama tadi.
"Kalau tukar gas berapa?" tanya Ahmad.
"啊,换气了多少?" tanya mekanik itu kepada kawannya.
"相同的价格RM30。如果还不冷不能保证," kata dia.
"Mesti nak ketuk la tu," fikir Ahmad. "Standard la peniaga-peniaga Cina ni."
"RM30 je bang. Tapi tak ada warranty oo, kalau tak sejuk, kami tak ganti balik duit," kata mekanik itu.
"Kalau tak sejuk, apa boleh buat lepas tu?" tanya Ahmad. Mekanik itu pergi ke arah kawannya tadi yang sedang membetulkan bateri sebuah kereta lain pula.
"啊,如果不是冷,还有什么我们可以检查之后呢?" tanya beliau.
"也许压缩机。想修理压缩机挺贵的," kata kawannya. "定居一天,RM250左右,如果不需要更换."
Mekanik tadi kembali bertemu Ahmad yang menunggu. "Kalau tak sejuk, kita kena cek compressor, tengok ada rosak ka tak. Kalau mau buat itu dalam RM250 itu macam."
Ahmad mengangguk-ngangguk. "Sekejap eh," kata Ahmad pada mekanik tadi, lalu mekanik itu pergi menyambung kerjanya. Jari Ahmad pantas menaip di whatsapp.
"Bro, aku kat bengkel, dia kata kalau tukar gas tak ok gak, kena cek compressor. Camne?" mesej Ahmad.
"Dia ada bagi warranti tak kalau dah tukar gas tu jadi jugak panas ke, camne?" balas kawannya dalam mesej.
"Tak ada. Kalau bukan gas, dia kata problem compressor kena cek."
"Berapa kalau kena?" tanya kawannya.
"RM250 paling mahal," jawab Ahmad.
"Uish, mahal tu. Tak ada kedai lain ke?" tanya kawannya melalui mesej.
"Mana ada, raya haji ni kedai mana yang bukak?" balas Ahmad.
"Dia nak cekik tu, tapi nak buat macam mana. Kena buat jugak la, kita nak travel jauh. Kongsi-kongsi je la kita." kata rakannya.
Ahmad pergi semula kepada mekanik tadi yang sedang leka memeriksa wayar sebuah kereta. "Ok bang. Kita cuba tukar gas dulu."
Mekanik itu mengangguk. "啊,换男人这辆马车的气体," kata dia kepada seorang pekerja muda lain. Pekerja itu mengangguk lalu mula menarik tong besar berisi gas.
"Tin tin!" bunyi hon kereta berbunyi. Seorang lelaki India memberhentikan kereta di tepi bengkel lalu menurunkan tingkap dengan isteri dan anak-anaknya dalam kereta.
"Boss, signal belakang belah kiri tak menyala boss, ada jual bulb?" tanya dia dari jauh lalu mekanik yang melayan Ahmad tadi mendekati beliau.
"Ada," jawab mekanik tersebut.
"Berapa?" tanya lelaki India tersebut.
"Sekejap saya cek," kata mekanik itu.
Isterinya berbisik pada suaminya, "அது மிகவும் விலையுயர்ந்தால் நாம் இன்னொரு கடையைத்தான் காண்கிறோம்."
"老板,信号灯泡为质子预备多少?" tanya mekanik itu kepada bos bengkel itu.
"RM10,不折扣," kata bosnya.
Ahmad duduk saja menunggu gas penyaman udara keretanya diisi sambil berharap agar bengkel tersebut bukanlah bengkel yang jenis suka menipu dan cekik darah pelanggan.