Oleh pada 30 Dec 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Wany Hasrita & Instagram Tajul Ariff

Penyanyi Wany Hasrita, 25, enggan namanya terus dikaitkan dengan penyanyi remaja, Tajul Arif, 19.

Beliau yang meledak dengan lagu Menahan Rindu, mahu menjaga perasaan ibunya, Norita Jaafar, 46, selain imej berhijab yang dibawa.

"Saya sangat menghormati perasaan ibu saya dan tidak mahu hatinya terus terguris dengan gosip cinta mengaitkan saya dan Tajul.

"Ditambah, saya anak tunggal dan muncul pula membina karier nyanyian ini dengan imej bertudung.

"Jadi, memang kurang manis juga pada permulaan karier seni saya yang masih hijau ini apabila terus dipalit dengan gosip cinta," katanya kepada Harian Metro.

Jelas Wany, hubungan terbabit sekadar sahabat dan atas dasar profesional ketika bekerja.

gosip cinta dengan tajul ini pinta wany hasrita 2

Kredit foto: Instagram Tajul Ariff

"Kami memang tidak bercinta pun. Tetapi, banyak pula gosip cinta kami yang timbul. Ia sangat membuatkan saya tidak selesa.

"Apatah lagi, saya kini mahu fokus pada karier kerana langkah pun baru bermula. Perjalanan saya masih jauh

"Malah, sebelum mahu bercinta, saya harus lebih dulu kukuhkan nama dan buktikan bakat diri. Itu paling utama.

"Ditambah, saya pun sebenarnya belum terfikir untuk bercinta kerana banyak impian yang hendak dicapai dalam karier. Saya ingin berjaya," katanya.

Di kesempatan yang sama, Wany yang kini hangat dengan single Rintihan Rindu mengucapkan terima kasih kepada para peminat yang setia menyokong kerjaya seninya. 

Terdahulu, Wany dan Tajul dikaitkan bercinta selepas merakamkan lagu duet, Disana Cinta Disini Rindu.

Dakwaan itu dikuatkan lagi kerana mereka bernaung di bawah label syarikat rakaman sama, Fantasia Music City (FMC).

Sumber berita: Harian Metro 




Hakcipta iluminasi.com (2017)