Oleh pada 29 Jul 2017 kategori

Bergelar kakak kepada penyanyi muda Aiman Tino, Fara Hezel mengakui populariti adiknya itu sedikit sebanyak membantu dirinya untuk menempa nama dalam industri muzik tanah air.

Pemilik nama sebenar Nurfaraazira Yusri yang berusia 21 tahun itu juga tidak merasakan ianya merupakan sesuatu yang salah berikutan hubungan adik-beradik yang akrab antara mereke berdua serta saling bantu-membantu sesama sendiri.

Saya tak anggap menggunakan populariti Aiman tu perkara yang salah. Bukan nak menumpang tapi kami saling menyokong karier nyanyian.


Aiman pun tak kisah kalau saya gunakan dia. Cuma, harap-harap saya mampu nak membina nama sendiri tanpa gunakan sesiapa .

Fara yang kini sedang melalui proses rakaman muzik video lagu pertamanya berjudul 'Setiaku Pasti' turut berkata yang pertalian darah sama sekali tidak menghalang semangat persaingan dalam industri muzik.

Walaupun kami sangat rapat tapi bila dalam industri kena juga bersaing satu sama lain. Berlawan demi mencipta nama bersama-sama.


Bukanlah dengan ada perasaan cemburu atau dengki. Kami berdua saling membantu untuk menaikkan nama dalam industri muzik .

Untuk pengetahuan, Fara juga masih lagi bergelar penuntut tahun ketiga jurusan Diploma Pemasaran di Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak dan sedang menjalani praktikal industri di sebuah syarikat insuran.

fara hezel akui guna populariti aiman tino 1

Kredit foto: Instagram.com/official_farahezel

Sumber berita: mStar Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)