Bagi kebanyakan orang, mendaki Gunung Everest adalah pengembaraan hidup yang luar biasa dan mencapai puncak pastinya menjadi sasaran utama pendakian. Namun, bagi dua orang individu ini, mereka mempunyai perancangan lebih epik selain daripada hanya sampai ke puncak.

Pada bulan April 2011, Babu Sunuwar, seorang ahli sukan kayak dan Lakpa Tsheri Sherpa, seorang pendaki gunung, tidak hanya bercadang menaklukkan Everest tetapi juga melajukan terjunan dari puncaknya dengan paragliding berbanding hanya turun semula dengan laluan perjalanan yang sama.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Rancangan mereka tidak hanya terhenti setakat itu sahaja. Apabila sampai di bawah, mereka akan meneruskan perjalanan dengan berkayak melalui beberapa kawasan terpencil dan sukar untuk sampai ke Teluk Benggala di India dalam pengembaraan yang telah digelar "The Ultimate Descent."

Pertemuan tidak disangka-sangka

the ultimate descent

Ketika Lakpa Tsheri Sherpa pertama kali melihat para penerjun payung terjun (paragliding) tiba di Himalaya, beliau berimpian untuk terbang daripada puncak gunung Everest yang terletak di ​​wilayah Khumbu yang dianggap seperti rumahnya sendiri.

Setelah berjaya menamatkan trip ke 3 perjalanan membimbing pendaki lain hingga sampai ke puncak gunung yang tertinggi di dunia ini, beliau mula melihat penggunaan payung terjun sebagai cara yang lebih pantas dan lebih mudah berbanding menuruni lereng berbahaya dari puncak Gunung Everest.

Pada bulan Oktober 2010, beliau meminjam sebuah payung terjun dan setelah mendapat beberapa petunjuk, telah melakukan lompatan dari lereng gunung berhampiran rumahnya Malangnya, beliau telah merempuh sebatang pokok dan sayap paraglidingnya rosak teruk.

Beliau kemudiannya segera berangkat ke kota Pokhara yang dianggap sebagai tempat berkumpulnya para peminat sukan paragliding untuk mendapatkan nasihat untuk merealisasikan impiannya dan mencari mentor untuk melatihnya untuk membuat terjunan sehingga benar-benar mahir.

Ketika itulah beliau bertemu dengan Babu Sunuwar, seorang kenalan lama yang sudah tidak ditemui bertahun-tahun lamanya. Babu Sunuwar telah membantunya membaiki paraglidingnya dan kedua lelaki itu secara spontan mendapat ilham untuk merancang sebuah pengembaraan epik yang digelar "The Ultimate Descent".

The Ultimate Descent

gunung everest

Untuk pengembaraan luar biasa ini, kedua lelaki ini mulanya akan mendaki sehingga sampai ke puncak gunung everest, membuka paragliding mereka dan melakukan terjunan dan terbang sejauh yang mungkin. Namun, pengembaraan mereka tidak tamat disitu.

Kemudian, mereka akan berbasikal ke mana-mana lokasi terdekat yang mempunyai aliran sungai dan dari situ mereka akan mula berkayak menyeberangi sempadan Nepal ke India dan mendayung dari Sungai Gangga hingga ke Lautan Hindi. 

Kedua lelaki ini melalui beberapa kawasan yang paling berbahaya dan sungai yang sangat mencabar di dunia tanpa penaja dan tanpa permit keizinan. Kisah mereka ini telah membolehkan mereka memenangi anugerah "National Geographic Adventurers of the Year" tahun 2012.

Pengembaraan ini dianggap luar biasa mencabarnya kerana mereka tidak mendapat sebarang tajaan dan kelengkapan yang lengkap. Malah, mereka bertindak melakukannya tanpa permit bagi mengurangkan kos.

Selain itu, walaupun Lakpa Tshiri Sherpa biasa mendaki Everest, beliau tidak pernah berkayak dan tidak pandai berenang. Oleh itu, beliau amat memerlukan pertolongan Babu Sunuwar untuk berkayak dan beliau akan membantu Babu Sunuwar sampai ke puncak buat pertama kalinya. 

Cabaran demi cabaran

ultimate descent

Lima hari setelah pendakian mereka, dengan kekurangan bekalan, kedua-duanya memulakan pendakian ke pinxakt dan sampai ke kawasan berbahaya Everest di atas 26.000 kaki. Ketika mereka mendekati puncak, mereka mula berasa kekurangan bekalan oksigen. Pada ketika itu, berpatah balik bukanlah pilihan. Satu-satunya jalan pulang adalah melalukan terjunan dengan paragliding.

Mereka terselamat daripada saat getir antara hidup dan mati itu dan hanya dalam masa 42 minit, keduanya meluncur sejauh 15 batu sebelum mendarat di sebuah landasan kapal terbang di Namche, Nepal yang biasanya akan mengambil masa hampir dua minggu dengan berjalan kaki.

Namun cabaran mereka tidak terhenti disitu apabila mereka perlu mengelakkan daripada ditangkap pihak tentera kerana melakukan ekspedisi ini secara haram tanpa permit. Kemudian, seperti dirancang mereka mula berkayak melalui Sungai Sun Kosi yang mempunyai arus sangat deras.

Kayak mereka terbalik namun keduanya terselamat kerana memakai jaket keselamatan. Perlahan-lahan, mereka berjaya merentasi Nepal dengan menyusuri Sungai Gangga ke India. Di sini mereka mengalami kejutan budaya ketika melihat mayat-mayat orang Hindu mati di sungai di samping mereka.

Pada satu ketika, pasangan ini dirompak dan dihunus dengan pisau. Mereka menyerahkan wang mereka tetapi dibenarkan menyimpan kamera mereka. Selepas itu, mereka dapat mendengar sebuah bot mengekori mereka di belakang mereka dipercayai kerana pencuri tersebut tidak berpuas hati dengan hasil rompakan mereka.

Mereka terpaksa bersembunyi selama satu malam, dihurung dengan pelbagai serangga dan hanya mengalas perut dengan buah-buah dari hutan. Mereka juga mengalami masalah kesukaran bernafas di altitud rendah kerana sejak kecil, kedua-duanya sudah hidup di kawasan altitiud tinggi.

3 bulan selepas memulakan pengembaraan epik ini, mereka sampai ke Teluk Benggala dan menamatkan pengembaraan luar biasa mereka. Pasukan The Ultimate Descent mendapat pengiktirafan dari komuniti paragliding antarabangsan dan akhbar Nepal memuji mereka sebagai hero nasional.

Pengembara Barat mengagumi sifat kesederhanaan dan kos yang sangat rendah untuk menyelesaikan misi ini. Ketika itu, tidak ada kempen media sosial, penaja korporat atau laman web ekspedisi dan antara rahsia penting untuk menyelesaikan pengembaraan ini adalah visi, kreativiti dan nilai persahabatan antara kedua-dua lelaki ini. 

Kredit:

  1. National Geographics
  2. ABC News



Hakcipta iluminasi.com (2017)