Kredit foto: Instagram Bella Dally
Meskipun diasak dengan pelbagai soalan berkaitan isu cahaya mata, pelakon Bella Dally mengakui tidak berasa tertekan.
Menurutnya, dia dan suami, Nazim Othman tidak pernah meletakkan sebarang perancangan dan menganggap soal zuriat sebagai rezeki.
Kredit foto: Instagram Bella Dally
Terus-terang buat masa ini saya tidak rasa tertekan kerana usia perkahwinan kami pun baharu tujuh bulan. Apabila ramai yang bertanya, saya anggap ia sebagai doa serta keprihatinan peminat buat saya dan Nazim. Kami pun tidak mempunyai sebarang perancangan, sebaliknya hanya menyerah hal itu kepada-Nya.
Sumber:Astro Gempak
Kata Bella lagi, ada sesetengah pihak yang mendakwanya telah hamil hanya kerana perutnya yang sedikit kembung.
Kredit foto: Instagram Bella Dally
Ada juga yang menganggap saya sudah hamil selepas terlihat baju yang saya gayakan nampak kembung pada bahagian perut.
Sumber:Astro Gempak
Bella membuat kenyataan tersebut ketika ditemui di majlis pelancaran Ariani Luxe yang berlangsung di Jakel Mall, semalam.
Terdahulu, Bella dan Nazim selamat disatukan sebagai suami isteri pada 10 September 2016.