Sumber gambar: mediahiburan.my

Baru-baru ini terdapat khabar angin mengatakan kononnya perkahwinan pasangan selebriti popular, Nazim Othman dan Bella Dally bermasalah. Ianya dikatakan berpunca daripada tindakan Bella memadam gambar Nazim daripada laman sosial Instagram miliknya. 

Nazim Othman, bagaimanapun menjelaskan perkara sebenar menerusi komennya berbunyi, “Terima kasih kepada yang bertanya, itu menunjukkan mereka masih mengambil berat tentang kami. Saya terima semuanya dari perspektif positif. Untuk pengetahuan semua, kami baik-baik saja.

“Dari dahulu lagi saya memang tak suka berkongsi kisah peribadi. Malah selepas berkahwin pun prinsip saya masih sama. Berkenaan gosip itu, tak ada apa yang perlu diceritakan lebih lanjut,” katanya kepada Harian Metro.

Malahan, Nazim juga turut memuatnaik sebuah lagu di Instagram miliknya yang ditujukan khas buat Bellla. Kesimpulannya, jangan cepat menokok tambah sesuatu cerita sebelum bertanya sendiri kepada tuan punya badan ya?




Hakcipta iluminasi.com (2017)