Oleh pada 11 Jun 2019 kategori

Kredit foto: Instagram @bellaastillah & Instagram @aliffaziz91

     

Bella Astillah mengaku bersedih mengenangkan keruntuhan rumah tangganya di usia muda tetapi dalam masa sama, enggan terus mengalah.

Bella, 25, menjelaskan, dirinya tidak mahu meratapi nasib, sebaliknya mengingatkan untuk belajar mencintai diri sebelum berkorban untuk orang lain kerana bimbang perasaannya pula yang diguris kelak.

“Bohong jika saya tidak bersedih menerima hakikat perpisahan. Saya puas menangis dan air mata juga sudah kering. Saya tertanya-tanya dalam hati, apa salah dan silap diri ini?

“Saya sepatutnya belajar mencintai diri sendiri terlebih dahulu, bukan berkorban segala-galanya, namun akhirnya kepercayaan saya disia-siakan,” katanya memetik laporan BH Online.

Sebelum ini, perkahwinannya dengan penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz berakhir dengan perceraian pada 16 Mei lalu.

Namun Bella yang melihat perkara daripada sudut positif, menganggap, episod hidupnya bersama penyanyi kelahiran Singapura itu sudahpun menemui titik noktah dan bersedia untuk dilupakan.

Biarlah kisah lalu menjadi sejarah dan pengajaran yang mematangkan diri.

       

jika tertekan dengan hidup pergilah berkawan dengan pesanan terkini bella astillah pada aliff aziz 2

Kredit foto: Instagram @bellaastillah

        

“Saya berharap dengan perpisahan ini, Aliff akan menemui pengganti yang lebih baik. Kami sudah memilih hidup masing-masing, harapnya selepas ini semua berjalan dengan lebih baik,” katanya.

Malah, kisah dahulu bekas suaminya itu enggan diungkit kembali kerana sedar dirinya juga bukanlah manusia sempurna.

Bella yang juga kakak kepada penyanyi Didi Astillah, hanya mampu berpesan agar Aliff tidak lagi salah dalam memilih sahabat jika berniat ingin mengubah masa hadapan.

“Jika tertekan dengan dugaan hidup, pergilah berkawan dengan orang yang betul. Dapat kawan yang salah, hidup akan hancur. Saya tidak menyalahkan sesiapa kerana itu pilihannya selama ini,” ujarnya.

      

Sumber berita: BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)