Oleh pada 21 May 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Bella Dally

Aktres Bella Dally. 26, akui menerima perceraian bersama bekas suaminya, Nazim Othman dengan hati terbuka.

“Saya kena reda, positif dan ‘move on’,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Menurut Bella, biarpun berasa perit dia tetap bersyukur atas sokongan dan ucapan semangat yang diberikan oleh orang terdekat.

“Saya berusaha cuba untuk tidak memikirkan mengenainya (perpisahan). Alhamdulillah, saya ada keluarga dan rakan yang tanya khabar serta keadaan saya.

“Sekarang ini, saya tidak perlu cakap banyak dah. Semua sudah tahu status saya dengan Nazim.

“Untuk berkongsi mendalam mengenai puncanya, rasanya tak manis untuk dikongsikan. Cukup setakat apa yang semua sudah maklum,” katanya yang ditemui di karnival Celebfest di Singapura.

Sementara itu, Bella menangkis dakwaan kononnya kekerapan dia pulang ke kampung halaman di Kota Kinabalu, Sabah kebelakangan ini berhubung kait dengan isunya bersama Nazim.

Sebaliknya, kata pelakon Desolasi ini, ia sekadar memenuhi tuntutan untuk melawat kedua orang tuanya.

giliran bella dally bersuara isu cerai dengan nazim othman 2

Kredit foto: Instagram Bella Dally

“Saya memang sangat rapat dengan mereka. Sementara mereka masih ada, baik saya gunakan sebaiknya kesempatan itu untuk pulang Sabah.

“Selain itu, saya mahu berjumpa ramai kawan saya di sana,” katanya.

Nazim dan Bella mengumumkan perceraian menerusi laman sosial Instagram pada 17 Mei lalu.

Perkahwinan pada September 2016 itu bagaimanapun tidak dikurniakan rezeki cahaya mata.




Hakcipta iluminasi.com (2017)