Kredit foto: Instagram Elfira Loy & Instagram Bella Dally
Aktres Elfira Loy terkesan dengan tuduhan yang mengaitkannya sebagai punca perceraian pasangan selebriti, Nazim Othman dan Bella Dally.
Nama Elfira atau Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 24, mula dicanang sebagai orang ketiga selepas seorang pengguna Twitter bernama Mohamad Azif menyebarkan dakwaan itu.
Antara lain, dalam perkongsian 'tweet' berkenaan, individu tersebut turut mengungkit kisah percintaan Elfira dengan bekas tunangnya, penyanyi Sufian Suhaimi.
"Rupanya Elfira Loy punca Nazim Othman bercerai Bella, dah putus dengan Sufian pergi hancur rumah tangga orang lain hmmm," dakwa Azif.
Elfira bagaimanapun tidak berdiam diri, sebaliknya mengakui emosinya terganggu meskipun sedaya upaya untuk bersabar dalam menghormati kerahmatan bulan Ramadhan ini.
Dalam kenyataan balas menerusi laman sama, pelakon Separuh Jiwaku itu bertanya kembali sama ada individu berkenaan sengaja ingin mendapatkan perhatian atau memang ingin memfitnahnya.
Kredit foto: Twitter Elfira Loy
"Bulan yang mulia ini tak baik marah-marah tapi sakit jugalah hati ini.
"Adakah awak tweet sekadar untuk mendapat retweet atau memang nak fitnah saya?," soal Elfira.
Tindakan tidak bertanggungjawab pengguna Twitter itu menyebarkan tuduhan tidak berasas turut mengundang marah di kalangan para pengikut Elfira.
Netizen menasihati aktres itu supaya mengabaikan kata-kata orang dan bersabar dengan dakwaan tidak semena-mena yang dilontarkan.
Gosip itu dipercayai timbul rentetan hubungan rapat antara Elfira dan Bella yang mana mereka juga kerapkali memuatnaik foto bersama di laman sosial.