Kredit foto: Instagram Soffwany Yusoff
Bakal isteri pelakon Raja Afiq, Soffwany Yusoff mendedahkan dirinya pernah mengikat tali pertunangan pada tahun lalu, namun hubungan itu tidak bertahan lama.
Atas faktor tersebut, dia lebih selesa untuk mengadakan majlis pertunangan dalam suasana serba sederhana.
"Sebelum ini saya pernah bertunang pada 2018. Sebelum ini buat majlis meriah-meriah, namun, hubungan tersebut tidak bertahan.
"Jadi, saya serik dah nak buat secara besar-besaran kalau bertunang. Ringkas dan biasa sahaja jadilah. Lagipun, ini baru majlis bertunang," katanya memetik laporan Astro Gempak.
Sementara itu, Soffwany akui terpikat dengan pendekatan yang digunakan Raja Afiq ketika mendekatinya kerana aktor itu cukup memahami kesibukan jadual kerjayanya sebagai seorang anggota badan beruniform.
Baca: Biodata Penyanyi Soffwany Yusoff, Tunang Pelakon Raja Afiq
Baca: Biodata Pelakon Raja Afiq
Kredit foto: Instagram Soffwany Yusoff
"Dia seorang lelaki yang tak sama dengan yang pernah saya kenal sebelum-sebelum ini. Dia jenis yang tak push (memaksa). Maklumlah, saya agak sibuk.
"Tapi dia seorang yang faham dengan kerja saya sebagai polis dan jadual belajar saya. Jadi kami memang jarang jumpa," katanya lagi.
Sebelum ini, dunia hiburan dikejutkan dengan berita pertunangan dia dan Raja Afiq yang dalam diam sudah mengikat tali pertunangan pada Mac lalu.
Difahamkan, majlis pertunangan dilangsungkan secara ringkas dan tertutup dalam kalangan ahli keluarga terdekat sahaja.
Soffwany yang juga anggota Pasukan Gerakan Udara, Polis Driraja Malaysia (PDRM) merupakan penyanyi di bawah payung syarikat rakaman SRC Records.
Beliau pernah tular menerusi video nyanyian di media sosial yang mendapat pujian menggunung daripada netizen.
Sumber berita: "Buat Majlis Ringkas Sahaja Sebab Dah Serik" - Bakal Isteri Raja Afiq Pernah Putus Tunang, Jarang Jumpa Tapi Terpikat Gara-Gara...