Kredit foto: Twitter Amir Raja Lawak
Amir Raja Lawak mengakui tidak berhadapan dengan masalah apabila seringkali menjadi mangsa buli rakan-rakan pelawak yang lain.
Menurut Amir, dia memahami peranannya sebagai pelawak untuk menghiburkan orang ramai, justeru dia masih bersifat terbuka.
Bagaimanapun Amir berharap jenaka yang dilontarkan biarlah kena pada gayanya.
Kredit foto: ammboi.com
Saya sebenarnya sudah biasa menjadi mangsa buli pelawak-pelawak lain sejak kemunculan awal dalam industi hiburan. Mungkin itu merupakan trademark saya kerana ramai orang suka saya dibuli dan perkara itu tidak pernah menjadi kesalahan jika ia kena pada tempatnya. Ini merupakan perkara biasa dalam komedi kerana dia kena ada orang yang kena buli dan pembuli jadi perkara itu adalah normal. Saya faham orang yang membuli saya itu tiada niat lain selain bergurau dan perkara itu tidak pernah diambil serius oleh saya.
Sumber: Astro Gempak
Amir membuat kenyataan tersebut di sesi pengambaran program Sukan Ke Laut di Sports Affairs, Cheras baru-baru ini.
Dalam perkembangan terbaru, Amir sedang membintangi program televisyen Temasya Sukan Ke Laut yang bersiaran setiap hari Jumaat, jam 10.00 malam di saluran Astro Warna. Turut serta adalah pelawak-pelawak terkemuka negara antaranya Joey, Achey, Shuib, Dzawin, Sharifah Shahirah, Kumpulan Zero, Jiggy dan ramai lagi.