Oleh pada 01 Jun 2020 kategori

Kredit foto: Instagram FD Idzham & Instagram Ameera Khan

   

Kekasih kepada instafamous Ameera Khan, FD Idzham memberi bayangan hubungan cintanya dengan adik kepada pelakon Neelofa itu sudah berakhir.

Idzham membuat kenyataan lanjut dalam sebuah kiriman Instagram Stories miliknya yang dimuat naik pada Sabtu lalu.

Menurut Idzham, dia enggan lagi melayan sebarang panggilan daripada mana-mana pihak membabitkan urusan tentang Ameera.

   

BacaBiodata Ameera Khan, Adik Pelakon Neelofa

Baca: Biodata Athisha Khan, Adik Pelakon Neelofa

     

ameera khan kahwin 957

Kredit foto: Instagram FD Idzham

   

"Tolong, jangan menghubungi saya jika ada hal berkaitan dengan @littlemisskhan lagi," tulisnya.

Sementara itu, Idzham mendakwa personaliti media sosial itu sudah mempunyai teman lelaki lain.

"Dia mempunyai teman lelaki baru, sila hubungi dia," dedahnya.

Pengakuan berbentuk tulisan itu disertai dengan foto Ameera yang diletakkan sebagai latar.

Dalam pada itu, hasil tinjauan mendapati pasangan itu sudah tidak saling mengikuti di laman Instagram.

Malah masing-masing turut menghapuskan foto ketika mereka bersama.

Sebelum ini, Ameera secara tidak sengaja mendedahkan dia dan Idzham sedang tinggal sebumbung.

Mereka meraikan ulang tahun hubungan yang terjalin pada Mei lalu.

Antara dakwaan lain yang bertebaran termasuk gosip yang mengatakan pasangan ini mendirikan rumah tangga dan menetap di kota London, United Kingdom (UK).

Ia susulan tindakan Ameera yang menyahaktifkan akaun Instagramnya selama tujuh bulan.

    

Sumber berita: "Dia Mempunyai Teman Lelaki Baru..." - Ameera Khan & FD Idzham Putus Cinta?

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)