Oleh pada 20 Apr 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Alvin Chong & Instagram Fattah Amin

    

Pelakon dan penyanyi Alvin Chong mendedahkan dia pernah bergaduh dengan aktor Fattah Amin sewaktu menjayakan sesi rakaman rancangan realiti The House yang diterbitkan Astro Gempak.

Menurut Alvin, ia berlaku gara-gara dia tidak berpuas hati dengan sikap suami kepada aktres Nur Fazura itu.

“Memang berlaku pergaduhan di antara saya dengan Fattah dalam program tersebut. Kami mula rasa sukar ketika terpaksa tinggal dalam boat house.

“Pergaduhan tercetus apabila masing-masing berebut nak masak, berebut tempat tidur dan ketika Fattah tak mahu menjalankan mission yang diberikan.

“Bila dia tak mahu buat, dia akan suruh saya. Jadi timbullah rasa tidak puas hati di situ," katanya memetik laporan Astro Gempak.

Beliau membuat kenyataan sewaktu memenuhi undangan segmen #ArtisDudukDiam yang disiarkan di IG Live laman Instagram Astro Gempak pada petang Ahad.

Dalam pada itu, Alvin berkata, selepas 'insiden' itu, dia bagaimanapun lebih memahami siapa Fattah yang disifatkan sebagai seorang yang mempunyai 'angin' tersendiri, namun jauh di lubuk hati masih mengambil berat terhadap rakan sekelilingnya.

     

Baca: Biodata Pelakon Alvin Chong

Baca: Ini Rupanya Keputusan SPM Fattah Amin Yang Ramai Tak Tahu!

    

alvin chong 398

Kredit foto: Instagram Alvin Chong

    

"Bagaimanapun satu benda saya belajar selepas tamat program The House ialah saya lebih kenal Fattah selepas itu.

“Fattah memang ada angin dia, tetapi sebenarnya dia seorang yang 'caring' terhadap kawan cuma dia tak tunjuk yang dia sayangkan kawan dia tu,” ulasnya.

Terdahulu, Alvin dan Fattah pernah menyahut cabaran menyertai program The House musim keempat yang menuntut mereka meninggalkan ibu kota untuk menetap berdua di kawasan luar bandar.

Rancangan berkonsepkan realiti itu pernah menemui penonton pada 20 September 2017 hingga 2 April 2018.

    

Sumber berita: “Fattah Amin Ni Ada ‘Angin’…” - Alvin Chong Mengaku Pernah Bergaduh Dengan Fattah Amin

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)