Oleh pada 03 Jun 2017 kategori

Bermain permainan video merupakan satu aktiviti yang menarik dan boleh dilakukan bersama-sama ahli keluarga mahupun rakan-rakan sekaligus merapatkan lagi silaturrahim. Kepelbagaian platform permainan video yang wujud pada masa kini menjadikannya lebih menarik dan mempunyai variasi yang memenuhi citarasa pengguna.

Namun, pernahkah anda terfikir bahawa adakah bermain permainan video merupakan satu perkara yang dilakukan secara suka-suka sahaja? adakah bermain permainan video hanya akan memberi kesan yang buruk semata-mata? tahukah anda bahawa sebenarnya dengan bermain permainan video, anda boleh menjadi seorang yang lebih bijak?

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sains telah membuktikannya

1 224

Satu kajian yang dilakukan oleh National Academy of Sciences membuktikan bahawa orang yang bermain permainan video terutamanya permainan video jenis first-person shooter (FPS) seperti "Call of Duty" dan "Counter-Strike" cenderung untuk menunjukkan bahawa mereka mempunyai keinginan dan kemudahan untuk mempelajari sesuatu yang baru. Mereka yang bermain permain video akan menunjukkan penambahbaikan yang ketara di dalam tugasan yang diberikan kepada mereka.

Seorang proffesor penyelidikan otak dan sains kognitif di Universiti Rochester, Daphne Bavelier, mengatakan bahawa orang yang bermain permainan video dengan cara yang betul merupakan seorang yang bijak. Mereka mudah untuk mempelajari sesuatu yang baru kerana otak mereka sudah terbiasa dengan tindak balas yang pantas semasa mereka bermain permainan video. Oleh hal yang demikian, mereka tidak akan mudah berasa penat apabila melakukan kerja ataupun ketika belajar.

Otak manusia sentiasa meramal sesuatu

brain 964

Menurut beliau, otak manusia kerap menjangkakan atau meramal sesuatu yang akan terjadi selepas ini. Tamsilnya seperti dalam keadaan seseorang itu sedang berinteraksi dengan orang lain, seseorang yang sedang memandu dan seseorang yang sedang melakukan pembedahan, otak mereka secara tidak langsung akan meramal apa yang akan berlaku selepas ini. Semakin baik ramalan seseorang, semakin baik hasil kerjanya kerana mereka lebih bersedia untuk menghadapi segala kemungkina yang akan terjadi.

Dalam usaha untuk mengasah kemahiran ramalan otak, otak manusia akan sentiasa membina model ramalan atau "template" dalam kehidupan seharian kita. Lebih baik "template" otak kita, semakin cemerlang prestasi kita, dan terbukti bahawa bermain permainan video khususnya permainan yang bergenre FPS akan membina "template" yang lebih baik di dalam otak kita.

video games

Profesor Brad J. Bushman telah melakukan satu kajian terhadap sekumpulan individu yang bermain permain simulasi seperti "The Sims 2" dan sekumpulan individu yang bermain "Call of Duty". Selepas 9 minggu, keupayaan individu ini diuji dengan satu ujian di mana mereka perlu membezakan garis hitam dan garis putih di dalam satu set yang dibentangkan secara rawak. Hasil ujian tersebut, individu yang bermain permainan video "Call of Duty" mempunyai keputusan yang terbaik berbanding mereka yang bermain permainan simulasi dan tidak bermain langsung.

Kini, pasukan mereka giat menjalankan kajian tentang permainan yang dapat menjadikan seseorang itu bijak di dalam pelajaran. Hal ini demikian kerana, mereka mengakui bahawa pastinya terdapat permainan selain daripada permainan video yang akan memberikan kesan yang sama terhadap otak manusia.

Sumber rujukan :

cbsnews




Hakcipta iluminasi.com (2017)