Kita sebagai masyarakat pula seharusnya berhenti melihat kemahiran berbahasa Inggeris sebagai penanda ukur tahap kepandaian seseorang; sebaliknya lebih menerima dan terbuka untuk menerima orang Malaysia akan kekal kekok berbahasa Inggeris, kerana bahasa itu bukan bahasa kita.
Sekiranya kita dapat melihat keberanian berbahasa Inggeris yang kurang sempurna dalam konteks lebih positif, kami yakin lebih ramai ahli masyarakat kita akan lebih berani cuba 'speaking.' Nak cuba beranikan diri tu, kalau boleh elakkanlah terus menggunakan frasa-frasa di bawah.
BESARKAN TEKS A- A+
Ini kerana ramai orang dah tahu sekiranya anda kerap mengulanginya ketika berbual, anda try hard sangat nak tunjuk English anda dalam kelas berbeza.
1. By right..
Frasa by right biasanya diguna untuk mengalihkan fokus pendengar kepada hujah utama penyebutnya, agar pendengar lebih yakin dengan apa yang akan dikata.
Individu yang suka menggunakan frasa ini perlu faham, apa yang right pada by right dia tak semestinya right pada right orang lain. Dengan menegaskan by right berulang kali tak menjadikan anda nampak bijak.
Sebaliknya penggunaannya menunjukkan anda sendiri sedar hujah yang anda berikan tak cukup kukuh untuk dinilai secara kendiri oleh pendengar. Anda juga tampak ketara bimbang pendengar akan ada perspektif berbeza seterusnya membangkang pendapat anda.
2. So...
Penggunaannya hampir mirip dengan by right tetapi biasanya digunakan dengan lebih dramatik, dalam aspek penekanan ayat.
Apa yang menarik, seorang orator yang handal mampu menggunakan frasa "so..." secara tergantung, seterusnya membiarkan pendengar memikirkan sendiri isinya tanpa perlu penutur itu menambah apa-apa kata atau hujah.
Boleh diguna secara "so..", "and so.." atau "so it is..", walaupun penggunaannya versatil, terlalu kerap menyebut "so" akan mengakibatkan orang ramai sedar anda sebenarnya kaki temberang.
Ini kerana teknik komunikasi sebegini terang menunjukkan anda mahu perbincangan satu hala berlaku dan anda kurang selesa untuk dibidas.
3. Whatever..
Frasa "whatever" adalah frasa yang sering diguna apabila kita dah malas nak layan orang lain, yang agak keras membidas atau berdebat pandangan yang berlawanan dengan pandangan kita.
Pengguna 'whatever' seringkali mengandaikan dengan menjadi orang yang menyebut frasa ini seolah-olah dia yang menang penghujahan itu.
Tidak.
Penggunaan 'whatever' hanya menampakkan anda dah tahap menyampah dan dah tak mahu lagi meneruskan perbincangan, seolah anda tahu pandangan anda lebih benar berbanding orang lain.
Itu bukan sesuatu yang elok untuk anda amalkan selalu.
4. Well...
Frasa 'well..' ini cukup popular digunakan segelintir masyarakat kita dan kami andaikan penggunaannya hampir menyamai populariti "so..".
Diguna sebagai penutup atau penyimpul kepada sesuatu perbincangan, istilah ini akan disebut bagi memastikan perbincangan itu berakhir menyebelahi pihak tersebut.
Penutur ayat ini biasanya menggunakannya dengan harapan agar ramai setuju dengan pandangan dia tanpa benar-benar memikirkan apa yang dihujahkan.
Kerap menggunakan frasa ini akan membuatkan orang ramai naik menyampah dan besar kemungkinan anda akan dihumban ke dalam telaga. Kenapa telaga? Well...
5. You know
Di antara kebanyakan frasa yang mempunyai makna tersirat yang menghiris, "you know.." adalah frasa paling keji.
Ini kerana apabila seorang terkena frasa ini, secara automatik dia terpaksa bersetuju dengan apa saja hujah atau maklumat yang dikongsikan. Bagaimana tu?
"You know.." efektif kerana bertindak dalam dua cara; sebagai persoalan yang mencabar pengetahuan mereka yang mendengarnya dan juga sebagai desakan untuk memastikan ramai orang terus bersetuju secara segera.
Tak ada orang mahu kelihatan bodoh atau tidak tahu, jadi ramai yang akan mengiyakan saja setiap kali ditanya "you know.." dan kita pun akan membiarkan saja penggunanya meneruskan gebang yang mahu dia teruskan, walaupun faktanya mungkin merata.
6. "At least.."
Kami yakin ramai menggunakan frasa ini setiap hari secara rojak dalam perbualan kita. Daripada penggunaannya, kita dah tahu frasa ini digunakan untuk mengaburi sesuatu agar lebih mudah dihadam pendengar. Penggunaannya efektif diguna dalam bentuk perbandingan.
Sebagai contoh : "at least nasib kita tidaklah seteruk negara X" atau dalam isu rumahtangga "at least suami dia tak kahwin lari di Siam." Nampak bagaimana at least melembutkan sesuatu topik?
Dengan penggunaan frasa ini secara efektif, garis jangkaan pendengar terhadap sesuatu topik atau isu yang kita bawa dapat dikawal agar seiring dengan aras perbincangan hujah kita, agar mereka lebih mudah menerima hujahan kita.
Sama seperti semua frasa di atas, minimumkan penggunaannya. Terlalu kerap akan mengakibatkan anda kelihatan seolah-olah tidak berminat langsung dalam berbincang sesuatu topik.