Kita semua yang pernah melalui zaman remaja atau sedang melaluinya, pasti sedar tarikan kuat ketagihan permainan tersebut ke atas kehidupan kita. Dipaksa untuk berhenti main permainan video atau terpaksa berhenti bermain kerana perlu pergi kerja merupakan sesuatu yang cukup tidak disukai pemain-pemain 'videogame' tegar.
Majoriti antara kita mampu mengenalpasti tanggungjawab dan tidak mencampur adukkan realiti dengan fantasi. Namun, ada juga waktunya di mana berlaku perkara kurang elok yang menimpa keluarga akibat ketagihan remaja, pada permainan video ini.
BESARKAN TEKS A- A+
1. Tembak ibu bapa sendiri kerana Halo 3
Daniel Petric, pada ketika kejadian adalah seorang remaja berumur 16 tahun. Daniel meminati permainan Halo 3 pada konsol Xbox 360, namun tidak dibenarkan oleh ibu bapanya. Daniel diperkenalkan pada permainan yang diklasifikasikan untuk 'dewasa sahaja' itu oleh rakannya, membuatkan Daniel teringin memilikinya. Daniel yang memang sudah ketagihan, secara senyap-senyap membeli Halo 3 itu dan akhirnya diketahui oleh bapanya, lalu dirampas.
Pada 20 Oktober 2007, selepas seminggu permainan video itu dirampas, Daniel dengan menggunakan pistol milik ayahnya, melihat kedua-dua ibu bapanya sedang menonton televisyen, Daniel menghampiri mereka dari belakang. Beliau meminta kedua ibu bapanya memejamkan mata kerana ada kejutan untuk mereka berdua lalu menembak kedua ibu bapanya yang sedang mengharapkan kejutan. Daniel kemudian melarikan diri dengan Halo 3 diletakkan di kerusi penumpang van yang dipandu, seperti sepasang kekasih namun ditangkap dalam satu sekatan jalan. (Rujukan)
2. Tembak dan cuba rogol ibu sendiri angkara Call of Duty
Noah Crooks mendapat keputusan kurang memuaskan di sekolah, menyebabkan ibunya, Gretchen menyita permainan video Call of Duty kegemaran beliau. Gretchen tidak tahu tindakannya itu akan menyebabkan perangai anaknya menyimpan perasaan dendam sehinggakan mampu lupa diri, lalu Noah bertindak dengan menembak ibunya sendiri menggunakan senapang yang dibelikan sebagai hadiah oleh ibunya.
Selepas menembak ibunya beberapa kali dan cuba merogol mayat ibunya, Noah tersedar daripada perasaan marahnya, lalu menghantar pesanan mesej pada ayahnya namun menyangkakan anaknya bergurau, ayahnya tidak mengambil serius mesej anak itu sehinggalah pihak penyelamat menelefon beliau, menceritakan satu per satu tragedi buruk yang menimpa isterinya. Noah sendiri yang mengakui apa yang telah beliau lakukan sebelum pihak polis datang dan menangkap Noah yang masih berada dalam keadaan terkejut, dengan apa yang telah berlaku. (Rujukan)
3. Bunuh rakan kerana Spy Hunter
Ini kisah lama yang berlaku pada tahun 1989. Seorang budak lelaki bernama Cameron Kocher, 9 tahun diajak ke rumah jirannya untuk bermain permainan video beramai-ramai. DIcabar oleh seorang budak perempuan berumur 7 tahun bernama Jessica Carr dalam permainan klasik 'Spy Hunter', Cameron yakin dia akan menang namun dia tewas dan merasa malu, kerana tewas dengan budak perempuan yang lebih muda daripadanya.
Merasa malu, dia pulang ke rumahnya lalu mengambil senapang ayahnya dari kabinet dan mengacukannya pada Jessica yang pada ketika itu sedang bermain kenderaan salji berama-ramai. Dari tingkat atas rumahnya, dengan jarak 92 meter, peluru tepat mengenai Jessica yang ketika itu sedang seronok menunggang bersama kawannya. Kes ini menjadi kontroversi kerana mahkamah tidak tahu adakah dia patut dihukum sebagai seorang dewasa atau seorang kanak-kanak. (Rujukan)
4. Racun ibu bapa kerana ketagihan
Li Tao adalah seorang pelajar yang gemar permainan video berasaskan web. Ibu bapanya pula hanyalah petani yang berpendapatan rendah, mulai risau melihat ketagihan anak mereka yang lebih banyak menghabiskan masa di kafe-kafe internet pada sebelah malam. Ibunya mula memperkenalkan lebih banyak peraturan ketat membuatkan Li menjadi semakin rimas.
Melihat wujudnya racun tumbuhan di rumahnya, Li mencampurkan racun itu ke dalam makanan dan minuman ibu bapanya, supaya ibu bapanya keracunan makanan. Rancangannya, bila ibu bapanya di hospital, dia boleh menghabiskan masanya bermain permainan video selama mana dia suka. Selepas makan, dia keluar seperti biasa meninggalkan ibu bapanya dan apabila pulang, mendapati ibu bapanya telah meninggal dunia. Li Tao dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun selepas dibicarakan atas kesalahan membunuh ibu bapanya. (Rujukan)
5. Bunuh dan bakar kafe internet kerana sambungan internet tak stabil
Dalam bulan Disember 2012, Zhao, seorang pemain permainan video atas talian kerap mengunjungi sebuah kafe internet di Renqiu, Hebei yang dimiliki oleh seorang peniaga bernama Ren. Entah mengapa sambungan internet pada hari itu agak lembap, sehingga membuatkan permainan Zhao tersekat-sekat.
Zhao mengadu masalah itu pada Ren namun Ren menyalahkan Zhao yang dikatanya telah memuat turun virus. Berang dengan tuduhan itu, Zhao menyerang Ren lalu pergaduhan berlaku. Dengan menggunakan sebilah gunting dan sebuah tukul, Zhao menikam Ren bertalu-talu sehingga mati.
Kisah ini belum tamat. Isteri Ren yang keluar dan terkejut melihat apa yang berlaku juga diserang oleh Zhao dengan menggunakan gunting yang sama dan juga pisau.
Tidak puas hati, selepas membunuh kedua-dua pemilik kafe internet itu, Zhao membakar bangunan tersebut dan mencampakkan senjata-senjata yang telah digunakan ke dalam api untuk menghapuskan bukti.
Keesokannya, barulah pihak berkuasa dapat menemui mayat kedua-dua suami isteri itu dan Zhao ditangkap pada bulan Januari 2013. Pembunuhan dengan sengaja di China akan dihukum mati melalui suntikan racun atau tembakan di kepala. Besar kemungkinan Zhao sudahpun meninggalkan kita semua. (Rujukan)