Dengan ramalan anggaran pendapatan kasar keseluruhan melebihi RM428 billion untuk tahun 2017 sahaja, tak hairanlah jika industri permainan video merupakan antara industri paling lumayan di dunia, dengan pertumbuhan yang paling pesat.

Dan pasti kini anda terbayangkan permainan video kegemaran anda dan bagaimana ia menyumbang kepada angka yang begitu besar ini. Dengan itu, iluminasi.com kongsikan 5 permainan video yang paling laris sepanjang zaman.

5. Super Mario Bros

BESARKAN TEKS     A-  A+

Berada di tempat ke-5 adalah Super Mario Bros yang diarah, direkabentuk dan dikeluarkan oleh lagenda Nintendo iaitu Shigeru Miyamoto. Ini merupakan antara permainan paling popular pada tahun 1990an.

Pada mulanya permainan ini direka dengan Mario menaiki roket dan bersenjatakan pistol laser namun disebabkan perkembangan teknologi di saat akhir membolehkan karekter Mario berlari dan melompat seperti mana yang kita tahu.

super mario bros permainan video paling laris di dunia 2

Dengan jualan melebihi 40 juta unit di seluruh dunia, Super Mario Bros adalah permainan video pertama Nintendo yang dikeluarkan untuk Nintendo Entertainment System (NES). Walaupun tersangat popular, namun ia masih belum berjaya menjadi permainan video paling laris di dunia. 

Super Mario Bros pada asalnya digabungkan dengan banyak sistem NES yang membuatkannya ia masih popular walaupun sudah berusia. Jumlah jualan ini tidak termasuk jualan pengeluaran semula edisi baru.

4. Grand Theft Auto V

grand theft auto v permainan video paling laris di dunia

GTA 5 merupakan antara permainan video yang paling meninggalkan kesan kepada pemain, yang membuatkannya mencecah jualan sebanyak 80 juta unit.

Jumlah ini jauh meninggalkan saingan GTA 5 termasuklah Call of Duty, Pokemon, Assasin's Creed dan banyak lagi.

Dengan kos pembikinan yang sangat tinggi iaitu lebih daripada RM1 billion, GTA V yang dikeluarkan pada 17 September 2013 merupakan satu risiko bagi syarikat Rockstar terutamanya memandangkan keuntungan yang agak rendah dan sambutan yang kurang memuaskan oleh siri sebelumnya iaitu GTA IV.

grand theft auto v permainan video paling laris di dunia 2

Namun, kesungguhan mereka terbalas apabila hasil jualan mencecah RM3.9 billion bagi tiga hari pertama yang mana setiap unit dijual dengan harga USD 60 (RM350). GTA V telah dihasilkan oleh lebih daripada 1,000 kakitangan Rockstar North.

3. Wii Sports 

wii sports permainan video paling laris di dunia 3

Wii Sports dikeluarkan oleh Nintendo pada 19 November 2006 menggunakan platform Wii.

Orang yang bertanggungjawab ke atas pengeluaran Wii Sports iaitu veteran Nintendo, Katsuya Eguchi berkata beliau mahu menghasilkan sesuatu yang disukai oleh kedua-dua peminat permainan video, dan yang tidak.

wii sports permainan video paling laris di dunia 2

wii sports permainan video paling laris di dunia 2

Beliau boleh dikatakan telah berjaya mencapai sasarannya kerana jumlah jualan Wii Sports melebihi 82 juta unit. Dengan adanya Wii Sports, semua lapisan umur boleh menikmati apa yang ditawarkan oleh permainan video ini yang berasaskan 5 sukan iaitu besbol, tinju, boling, gold dan juga tennis.

2. Minecraft

minecraft permainan video paling laris di dunia 2

Minecraft berada di tangga ke-2 senarai ini digelar sebagai permainan video jenis sandbox yang paling disukai di dunia.

Pasti anda sukar untuk mempercayai bahawa permainan video yang terjual sebanyak 144 juta unit di seluruh dunia dan dihasilkan oleh Markus Persson dari Sweden ini disiapkan dalam masa 6 hari sahaja!

minecraft permainan video paling laris di dunia 3

minecraft permainan video paling laris di dunia

Pada asalnya ia merupakan permainan video yang dihasilkan menggunakan Java, namun dikeluarkan untuk konsol dan peranti mudah alih. Minecraft telah dibeli oleh Microsoft Studios pada 15 September 2014 dan menjadikan Marcus seorang billionaire.

Ia juga menjadi fenomena global serta sangat popular di kalangan penggemar permainan video muda dengan jualan sebanyak 144 juta unit.

1. Tetris

tetris permainan video paling laris di dunia 2

Bak kata orang putih, less is more!

Mengungguli senarai permainan video yang paling laris di dunia juga merupakan yang tertua dalam senarai ini, iaitu Tetris dengan jumlah jualan sebanyak 170 juta unit di seluruh dunia.

Dikeluarkan pada 6 Jun 1984, permainan yang sangat ringkas ini sudah berusia 34 tahun dan dihasilkan oleh Elektronorgtechnica dan diterbtkan oleh Spectrum HoloByte.

Permainan berasaskan puzzle dan merupakan hasil buah fikiran Alexey Pajitnov , Tetris merupakan permainan video pertamaa yang dieksport dari Rusia ke Amerika Syarikat

tetris permainan video paling laris di dunia

Lebih menarik, Tetris bukan semata-mata permainan video, malah kajian oleh saintis menunjukkan permainan video ini mampu memberikan manfaat jangka masa panjang.

Dikatakan dengan bermain Tetris selama 30 minit sehari dapat meningkatkan aktiviti otak dan merangsang pemikiran kritikal, kemahiran penaakulan, bahasa dan kemahiran memproses.

tetris permainan video paling laris di dunia 3

Antara salah satu faktor utama menyebabkan Tetris menjadi permainan paling laris di dunia adalah ia dikeluarkan untuk hampir setiap peranti permainan video dalam sejarah, bermula dari komputer Commodore 64 sehinggalah kepada telefon pintar iOS dan Android yang ada pada hari ini.

Dengan jumlah jualan melebihi 170 juta diseluruh dunia, Tetris ditabalkan sebagai permainan video paling laris di atas muka bumi.

Rujukan :

1. Mogi Translation

2. Forbes

3. VG Sales




Hakcipta iluminasi.com (2017)