Industri permainan video adalah industri yang sentiasa berkembang pesat terutama dengan penghasilan konsol-konsol oleh Microsoft dan Sony.

"Peperangan" di antara kedua-dua syarikat pelopor telah memberikan tempias yang baik dalam menghasilkan permainan video yang semakin canggih.

peperangan antara xbox dan playstation

BESARKAN TEKS     A-  A+

Malah, ia semakin canggih sehinggakan kos pembikinan sesebuah permainan video itu mencecah berbilion-bilion ringgit, mengalahkan kos pembikinan filem di Hollywood.

iluminasi.com kongsikan 5 permainan video dengan kos paling tinggi dalam sejarah.

5. Grand Theft Auto IV - RM391 juta

permainan video dengan kos paling mahal di dunia 2

Dengan kos penghasilan permainan video Grand Theft Auto IV sebanyak RM391 juta, ia diiktiraf sebagai permainan ke-5 termahal di dunia. GTA IV telah dilancarkan pada April 2008 untuk konsol Xbox dan PlayStation 3. 

Permainan ini memaparkan kehidupan seorang veteran perang, Niko Bellic dan cubaannya untuk memulakan hidup baru. Permainan ini dimainkan melalui sudut pandangan orang ketiga. 

permainan video dengan kos paling mahal di dunia

GTV IV dianggap sebagai permainan video dengan grafik terbaik ketika mana ia dilancarkan dan mendapat rating 9.5.

4. Call of Duty Modern Warfare 2 - RM780 juta

call of duty modern warfare 2 game permainan video dengan kos paling mahal di dunia 2

Permainan video Call of Duty Modern Warfare 2 merupakan antara yang mempunyai kos termahal di dunia ketika ia dilancarkan pada tahun 2009 iaitu RM780 juta.

Ia merupakan permainan video peperangan politik 1st person pertama untuk Microsoft Windows, PlayStation 3 dan Xbox 360.

call of duty modern warfare 2 game permainan video dengan kos paling mahal di dunia

Menurut skala penilaian oleh Metacritic, permainan ini skor 94% dan dipuji disebabkan oleh ciri-ciri "in-built multiplayer". Dalam hanya 24 jam pertama pelancaran yang dilancarkan dalam 4 versi pemasaran yang berbeza-beza, sebanyak 4.7 juta unit terjual.

3. Star Wars: The Old Republic - RM780 juta

star wars the old republic permainan video dengan kos paling mahal di dunia

Permainan video Star Wars: The Old Republic adalah antara salah satu permainan multiplayer paling diiktiraf dan termahal pernah dihasilkan dengan kos RM780 juta.

Ia berlaku di zaman selepas tempoh keharmonian di antara Empayar Republik dan Empayar Sith.

star wars the old republic permainan video dengan kos paling mahal di dunia 2

Permainan ini dibahagikan kepada dua bahagian, anda boleh menyertai mana-mana bahagian bergantung kepada karekter yang anda mahu main.

Satu bahagian mewakili kumpulan baik dan satu lagi kumpulan jahat. Selepas 3 hari dilancarkan, permainan video ini mendapat 1 juta pengikut di seluruh dunia.

2. Grand Theft Auto V - 1.04 billion

grand theft auto v permainan video dengan kos paling mahal di dunia

Permainan video ini antara yang paling popular di dunia, daripada kanak-kanak hinggalah orang dewasa. Permainan yang mempunyai rekabentuk yang dikatakan paling unik dalam sejarah ini menelan kos belanja sebanyak RM1.04 billion.

Permainan ini direkasemula dengan grafik yang lebih hebat untuk PlayStation dan Xbox One pada tahun 2014 setahun selepas dilancarkan pada tahun 2013.

grand theft auto v permainan video dengan kos paling mahal di dunia 3

Permainan ini mempunyai 3 watak yang berbeza-beza di dalam satu jalan cerita. 

Kutipan penjualan GTA V adalah sangat memberangsangkan pada 24 jam pertama iaitu sebanyak RM3.13 billion.

1. Destiny - RM1.95 billion

destiny permainan video dengan kos paling mahal di dunia 214

Dengan jumlah kos pembikinan RM1.95 billion, permainan video Destiny adalah yang termahal di dunia. Permainan video ini dilancarkan pada September 2014 untuk Xbox One Console, Xbox 360, PlayStation 4 dan PlayStation 3.

Ia merupakan permainan multiplayer dan berperanan sebagai penjaga dan pelindung kepada satu-satunya bandar yang selamat di planet bumi.

destiny permainan video dengan kos paling mahal di dunia 2 973

Walaupun kos pembikinan permainan video ini tersangat lah mahal, namun kos RM1.95 billion itu diperolehi kembali dalam hanya 24 jam pertama pelancaran sahaja.

Rujukan :

1. Wise Toast

2. Wiki




Hakcipta iluminasi.com (2017)