Oleh pada 07 Aug 2021 kategori

(Elaine Thompson-Herah catat rekod 100 meter wanita baharu di Olimpik Tokyo 2020)

Olimpik Tokyo 2020 kali ini melihatkan banyak sejarah baharu tercipta di mana rekod demi rekod dipecahkan.

Antaranya termasuklah rekod 100 meter wanita Olimpik yang diperbaharui oleh atlet Jamaica Elaine Thompson-Herah dengan catatan 10.61 dan 400 meter berpagar wanita oleh Sydney McLaughlin dengan catatan 51.46 saat.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun ada satu lagi sejarah aneh tercipta di pentas Olimpik dan kali ini ia bukanlah melibatkan pemecahan rekod yang dicatatkan sebelumnya.

quinn atlet transgender pertama menang emas di olimpik tokyo 2020

(Quinn, atlet transgender pertama memenangi pingat emas Olimpik)

Sejarah dan rekod baharu yang dimaksudkan adalah bintang bola sepak Kanada iaitu Quinn menjadi atlet transgender pertama yang pernah memenangi pingat Olimpik setelah Kanada menumpaskan Sweden dalam acara bola sepak wanita.

Kemenangan 3-2 Kanada ke atas Sweden dalam sepakan penalti menandakan kali pertama pasukan bola sepak wanita Kanada memenangi emas Olimpik dan final bola sepak Olimpik wanita pertama yang ditentukan dengan sepakan penalti, menurut FIFA.

Quinn adalah atlet transgender dan /atau bukan binari (seseorang yang identiti jantina tidak eksklusif lelaki atau perempuan) secara terbuka yang mendapat perhatian, bersama-sama dengan atlet angkat berat New Zealand, Laurel Hubbard dan pemain papan selaju Amerika Syarikat iaitu Alana Smith (atlet transgender terbuka pertama yang mewakili Amerika Syarikat di Olimpik).

pasukan bola sepak kanada

(Pasukan bola sepak wanita Kanada)

Namun Quinn adalah satu-satunya daripada atlet ini yang berjaya meraih pingat emas di Olimpik Tokyo.

Lebih ramai atlet tukar jantina dan non-binary bertanding secara lebih terbuka dalam Sukan Olimpik Tokyo berbanding sebelum ini ketika mana perdebatan berkenaan perkara ini semakin hangat.

Quinn adalah atlet transgender terbuka pertama yang menyertai Olimpik setelah Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa mengubah peraturannya pada tahun 2004 untuk membenarkan atlet transgender bertanding dalam temasya tersebut.

quinn atlet transgender pertama menang emas di olimpik tokyo 2020 2

Untuk Olimpik Tokyo 2020 ini, terdapat sekurang-kurangnya 182 atlet LGBTQ secara terbuka yang bertanding, angka yang sangat tinggi iaitu 3 kali jumlah yang mengambil bahagian dalam Olimpik Rio 2016.

Dan sehingga 6 Ogos 2021, sekurang-kurangnya 30 atlet LGBTQ termasuk Quinn telah memenangi pingat.

Walaupun Quinn mengatakan bahawa dia bangga melihat namanya tersenarai dalam sukan bola sepak, tetapi dia juga sedih kerana atlet Olimpik seperti mereka yang terdahulu tidak boleh bersifat terbuka mengenai identiti mereka.

alana smith atlet transgender amerika syarikat

(Alana Smith)

Hal ini diluahkan oleh Quinn di laman Instagram sehari sebelum Olimpik Tokyo bermula: "Saya merasa bangga melihat 'Quinn' muncul dalam barisan pemain dan akreditasi saya. Saya berasa sedih mengetahui ada atlet Olimpik sebelum saya tidak dapat menjalankan kehidupan "sebenar" mereka disebabkan oleh dunia,".

Quinn yang bermain di posisi tengah untuk pasukan bola sepak wanita Kanada pernah bertanding dalam Sukan Olimpik Rio 2016, di mana dia dan pasukannya memenangi pingat gangsa.

Rujukan:

1. NBC 

2. Mashable

3. NPR




Hakcipta iluminasi.com (2017)