Oleh pada 05 Apr 2018 kategori

Pada tahun 1866, seorang ahli botanis Itali bernama Odoardo Beccari terjumpa satu spesis tumbuhan yang sangat jarang dijumpai di bahagian barat Sarawak, tempat dia melakukan ekspedisi mengkaji tumbuhan.

Berkemahiran melukis dengan cekap, Odoardo melakarkan tumbuhan tersebut dalam bukunya dan menamakannya sebagai thismia neptunis.

Itu adalah satu-satunya rekod tumbuhan tersebut dijumpai,

BESARKAN TEKS     A-  A+

Penemuan semula selepas 151 tahun

thismia neptunis tumbuhan alien sarawak malaysia

Pada bulan Januari 2018, sekumpulan ahli botanis yang melakukan kajian di kawasan sama berjaya menemui tumbuhan tersebut, 151 tahun selepas kali pertama direkodkan di dalam hutan yang sama. Dengan teknologi yang ada sekarang, tidak ada masalah kumpulan itu untuk mengambil gambar tumbuhan yang dimaksudkan.

"Mengikut rekod yang kami ada, ini adalah kali kedua tumbuhan ini dijumpai secara total," kata Michal Sochor, seorang penyelidik Crop Research Institure dari Olomouc, Republik Czech.

thismia neptunis

"Semua penerangan tentang tumbuhan tersebut setakat ini hanya datang daripada penemuan pertama kali tumbuhan itu dan juga lukisan awal yang dihasilkan dengan teliti. Kami telah berjaya menambahbaik rekod yang sedia ada serta bukti bergambar mengenai tumbuhan itu, yang dianggap sangat mistik dalam dunia botani."

Thismia neptunis

thismia neptunis beccari penemuan

Thismia neptunis bersaiz agak kecil, hanya mempunyai ketinggian setinggi 9 sentimeter ketika berbunga. Apa yang menyukarkan penemuan bunga itu adalah kerana ia tergolong ke dalam kumpulan tumbuhan yang sepanjang hidupnya, duduk di dalam tanah.

Hanya dalam beberapa minggu setahun, bunganya akan muncul dari dalam tanah. Ada kalanya tumbuhan ini langsung tidak berbunga.

Thismia neptunis yang juga digelarkan 'lampu pari-pari' (fairy lanterns) adalah sejenis tumbuhan mycohetereotropic, yang membuatkan ia tidak mempunyai daun, tidak berkemampuan untuk melakukan fotosintesis sendiri. Thismia neptunis bergantung kepada kulat parasit sebagai sumber makanannya dengan bangkai lalat ditemui dalam bunganya.

Nelle foreste di Borneo

odoardo beccari

MIchal dan pasukannya menemui thismia neptunis di Taman Negara Kubah, Sarawak. Kawasan tersebut dikatakan kawasan kegemaran Odoardo semasa dia menetap di Sarawak, menghabiskan berbulan-bulan lamanya di bahagian hutan di situ.

Odoardo kemudiannya menulis sebuah buku berjudu 'Nelle foreste di Borneo' yang mengandungi penemuan thismia neptunis serta banyak lagi tumbuhan lain. Beliau menyifatkan buku tersebut sebagai satu hadiah pada kecekalan beliau mencari secara terperinci tumbuhan dalam kawasan hutan yang tebal, gelap namun mempunyai tanah yang cukup subur untuk hidupan.

Pasukan Michal yang menemui tumbuhan legenda ini bagaimanapun tidak berjaya mengenalpasti kawasan taburan thismia neptunis. Apa pun, mereka percaya yang kawasan yang menempatkan tumbuhan tersebut agak kecil saiznya dan dikategorikan berisiko tinggi untuk musnah. Mereka meramalkan ketika ini hanya ada kurang daripada 50 tumbuhan tersebut, melayakkan thismia neptunis diletakkan dalam katerori spesis terancam kritikal seliaan International Union for Conservation of Nature.

Rujukan

Jurnal penemuan Thismia neptunis oleh kumpulan Michal Sochor

Smithsonian Magazine




Hakcipta iluminasi.com (2017)