Bagi ramai di antara kita, makan di kedai atau restoran adalah pengalaman menarik dan menyenangkan, memberi peluang kita mencuba menu baru dan merasai suasana yang di luar kebiasaan kita.

Walau bagaimanapun bukan semua tentang restoran, khususnya yang berkait dengan tahap kebersihan sesebuah restoran itu menarik untuk dibincangkan.

Tahukah anda apakah lapan benda paling kotor yang mungkin anda temui di dalam restoran tetapi jarang kita ambil peduli berkenaan kebersihannya?

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Kad atau buku menu

buku menu restoran kotor

Objek pertama yang biasa kita sentuh di restoran adalah menu, sama ada yang diperbuat daripada kad atau buku.

Kajian saintifik menunjukkan menu berperanan sebagai tempat berkumpulnya bakteria dan virus. Antara kajian yang telah dilakukan mendapati menu mudah menjadi tempat E.coli dan S.aureus, dua jenis bakteria penyebab keracunan makanan hinggap.

Jenis bahan yang diguna untuk menghasilkan menu juga memainkan peranan besar. Menu berasaskan plastik didapati menjadi perumah bakteria yang lebih baik, kerana air tidak meresap ke dalam bahan itu membolehkan bakteria yang ada membiak lebih lama.

2. Dulang makanan

dulang makanan restoran jarang dibersihkan

Kami yakin ramai di antara kita sedar restoran khususnya restoran makanan segera biasanya hanya mengitar semula dulang makanan untuk kegunaan; sekadar melapikkan kertas pengalas untuk kita.

Kita pula jenis gemar menabur kentang goreng dalam dulang untuk memudahkannya dimakan! Tak ramai peduli tentang tahap kebersihan dulang.

Sedangkan sudah ada kajian saintifik membuktikan dulang makanan yang kita guna, sebenarnya jauh lebih tercemar berbanding tandas dan juga kelengkapan sukan.

3. Meja makan

meja makan kotor selepas digunakan

Setiap kali penulis ke kedai makan, penulis paling kurang gemar kalau pekerja kedai mengelap meja dan hanya menguis sisa-sisa makanan ke lantai. Seakan tidak ada sistem lebih enak untuk diamal.

Selain itu tidak ada juga usaha lebih baik dibuat pekedai, dalam memastikan tahap kebersihan setiap meja mereka yang bakal digunakan pelanggan lebih terjaga.

Kain buruk yang telah entah berapa kali diguna, terus diguna untuk mengelap meja yang entah ke berapa. Tidak banyak pekedai menggunakan semburan anti bakteria atau pembersih semasa membersihkan meja.

Ramai hanya bergantung dengan kain buruk dan air semata-mata. Sebaiknya letakkanlah tisu anti bakteria untuk digunakan pelanggan selepas setiap kali meja dibersihkan pekerja.

4. Botol perasa

botol kicap dan sos kedai makan

Botol sos, sos mustard, kicap soya dan botol perasa lain yang diletakkan di meja sering bertukar-tukar tangan tanpa ada usaha kerap membersihkannya.

Sehinggakan ada kumpulan penyelidik menyarankan agar kita mengelak daripada menggunakannya.

Apa yang menakutkan, tidak ada garis panduan jelas dalam kod kesihatan kita berkait perkara ini sehinggakan peniaga kita juga jarang menyelia botol perasa dengan baik. Tidak nampak ada usaha peniaga menyimpan botol-botol ini ke dalam peti sejuk bagi melindungi isi kandungannya.

Sebaliknya setiap botol hanya dikemas tanpa dibersihkan, keesokannya kembali diletak semula untuk diguna terdedah kepada udara setiap masa.

5. Ais

pengendalian ais perlu cermat

Ais dalam minuman anda walaupun menyegarkan, mungkin tidak selalu bersih seperti yang kita ingini.

Khususnya dalam kedai atau restoran yang mengamalkan penggunaan mesin pembuat ais, yang boleh mengumpulkan kulat dan bakteria jika tidak selalu dibersihkan. Selain itu, tabiat pekedai atau pekerja restoran itu sendiri boleh menyebabkan ais tercemar.

Masih ada pekedai yang membiarkan pembancuh air mengambil ais dengan tangan.

Selain itu, ada juga kedai yang gemar mencampurkan bahan-bahan sejuk beku lain dengan ais yang sepatutnya dihidangkan, seperti minuman dalam botol dan sebagainya yang mudah menjadi punca pencemaran.

6. Kerusi kanak-kanak

kerusi bayi tinggi jarang dicuci sehingga kotor

Dalam banyak-banyak objek atau peralatan yang diabaikan tahap kebersihannya di restoran atau kedai makan, mungkin kerusi kanak-kanak adalah yang paling terabai.

Kadangkala tengok kerusi tu pun sudah cukup membuatkan seseorang tidak lalu makan, dengan kulat melekat dan kesan kotoran tidak lagi tanggal kerana sudah terlalu lama dibiarkan.

Ini kerana kerusi kanak-kanak jika hendak dibersihkan, sebenarnya tidak cukup dengan hanya mengelap agar nampak bersih. Banyak bahagiannya perlu dipastikan berada dalam keadaan kering seperti tali pengikat fabrik.

Rekaan sesetengah kerusi juga boleh memudahkan sisa makanan yang ada melekat pada celahan, sehingga sukar dibersihkan.

Situasinya jadi lebih buruklah, kalau kerusi kanak-kanak tadi dilap pula dengan kain buruk pengelap meja yang entah bilalah kali terakhir benar-benar dibersihkan menggunakan basuhan tangan atau mesin kain.




Hakcipta iluminasi.com (2017)