Satu tengkorak berusi lebih 400 ribu tahun dikhabarkan mampu memberikan idea bagaimana manusia berubah di Eropah. Penemuan fosil tersebut juga memberikan gambaran nenek moyang kepada kaum Neanderthails.

Tengkorak tersebut dijumpai di sebuah gua berdekatan daerah Aroeira dan menandakan foil tengkorak paling tua setakat ini yang dijumpai di Portugal. Walaupun begitu, masih banyak misteri belum terjawab berkenaan tengkorak tersebut kerana pengkaji masih belum dapat memastikan jantina pemilik tengkorak tersebut, bagaimana kematian dia dan apakah rupa sebenar manusia pada zaman itu.(Gambar atas : Gambar sebenar tengkorak, gambar bawah : gambaran 3D tengkorak lengkap)

tengkorak portugal2 iluminasi

BESARKAN TEKS     A-  A+

Pengkaji percaya tengkorak tersebut wujud lebih awal berbanding zaman neanderthal kerana mempunyai beberapa sifat seakan tengkorak manusia pada zaman neanderthal. Pada tengkorak tersebut wujud satu lekukan yang digelarkan sebagai lekukan mastoid yang dianggarkan untuk mengawal tekanan dalam kepala tetapi tidak dapat disahkan lagi.Berdasarkan penemuan tersebut, pengkaji meramalkan yang tengkorak tersebut mempunyai ciri neanderthal dan manusia sekarang. Oleh itu, besar kemungkinan, hipotesis yang boleh dibuat adalah kewujudan puahk neanderthal di Eropah dan spesis nenek moyang manusia sekarang di Afrika, kedua-duanya tidak pernah menghasilkan spesis yang lain. Diramal yang nenek moyang manusia datang daripada satu spesis yang sama tetapi dipecahkan kepada dua benua, seperti yang dapat dilihat pada kajian-kajian lalu.

tengkorak portugal 03 iluminasi

Apa yang dapat dipastikan adalah tengkorak tersebut milik seorang manusia dewasa dan bukan seorang kanak-kanak. Mereka juga dapat mengagak usia tengkorak tersebut berdasarkan jangka hayat lokasi tengkorak tersebut ditemui dan usia stalagmit atau batu kapur yang menyelubungi tengkorak tersebut.Tengkorak yang ditemui di Portugal ini mempunyai beberapa persamaan dengan tengkorak yang ditemui di Sepanyol dan Perancis yang dianggarkan berusia 450,000 tahun dan 430,000 tahun.

tengkorak portugal 04 iluminasi

Masih banyak yang perlu dipelajari berkenaan tengkorak Portugal tersebut kerana tidak banyak maklumat yang ada walaupun begitu, pengkaji merasakan mereka amat bernasib baik kerana mereka hampir terlepas pandang penemuan besar tersebut. Kerja-kerja penggalian telah pun mencapai hari terakhir sebelum hanya garisa yang menyerupai tengkorak tersebut ditemui. Pekerja mengambil masa seminggu untuk memotong blok batu yang sekeras simen untuk mengeluarkan tengkorak tersebut. Oleh kerana terlalu keras, tukul bermotor digunakan untuk memecahkan bongkah tersebut menyebabkan tengkorak tersebut pecah. 2 tahun setengah diambil untuk mengeluarkan dan menyusun kembali tengkorak tersebut dalam keadaan lengkap. Kini, tengkorak tersebut akan dipamerkan di Muzium Arkeologi Lisbon, Portugal.



Hakcipta iluminasi.com (2017)