Tidak semua selebriti tahu yang mereka akan menjadi penghibur kepada orang ramai. Kebanyakan di antara mereka memilih bidang pembelajaran yang tiada kena mengena langsung dengan kesenian. Ini membuatkan ramai di antara mereka memiliki lulusan ijazah di dalam bidang yang berlainan sama sekali dari dunia glamor.
Kerana minat dan peluang yang diperolehi, mereka berjaya menjadi selebriti ternama antarabangsa. Bukan itu sahaja malah kebanyakan daripada mereka menjadi kaya-raya tanpa perlu menggunakan ijazah yang mereka perolehi. Kami ingin kongsikan bersama anda beberapa orang daripadanya.
1. Ron Jeremy - Ijazah Sarjana dalam Pendidikan Khas
BESARKAN TEKS A- A+
Dikenali sebagai pelakon filem dewasa paling terkenal di dunia, latar belakang akedemik Ron Jeremy sangat mengejutkan. Jeremy merupakan lulusan Ijazah Sarjana dalam Pendidikan Khas dari Queen College.
Lencongan kerjayanya ke dalam filem dewasa bermula semata-mata atas alasan kewangan. "Saya berhenti mengajar kerana saya tidak membuat sebarang wang daripadanya," ujar Jeremy.
2. Dolph Lundgren - Ijazah Sarjana Kejuruteraan Kimia
Sebelum menjadi bintang filem aksi, Dolph Ludgren sememangnya seorang yang pandai. Lungdren memperolehi Ijazah Sarjana dalam Kejuruteraan Kimia dari Universiti Sydney pada tahun 1982.
Pelakon yang berasal dari Sweden ini juga berjaya mendapat Biasiswa Fulbright untuk melanjutkan pengajiannya ke peringkat MIT, namun tidak diteruskan apabila dia mula mendapat peluang berlakon.
3. Brian May - PhD Astrophysics
Brian May yang merupakan gitaris kumpulan Queen ini memegang Ijazah Sarjana Muda Sains di dalam bidang fizik yang diperolehinya pada tahun 70-an. Dia kemudiannya menyambung pengajiannya ke tahap PhD di universiti yang sama iaitu Imperial College London. Tesis yang dihasilkannya menceritakan bagaimana pergerakan habuk di angkasa lepas.
4. Rowan Atkinson - Ijazah Sarjana Kejuruteraan Elektrikal
Lelaki yang dikenali sebagai Mr. Bean yang cemerkap dan lucu ini sangat terkenal pada suatu masa dahulu. Rowan Atkinson sebenarnya mempunyai Ijazah Sarjana di dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal dari Universiti Oxford.
Semasa belajar di universiti lagi dia mula menulis skrip dan lakon layar. Jadi Atkinson sebenarnya tahu apa yang diminatinya dan ke mana karier yang akan ditujunya sebelum menghabiskan pengajian lagi.
5. Gerard Butler - Ijazah Sarjana Muda Undang-undang
Gerard Butler memiliki Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang Undang-undang dari University of Glasgow, Scotland. Selepas itu dia memulakan latihan praktikal di salah sebuah firma guaman di Edinburgh. Namun segalanya berubah apabila dia menghadiri Festival Filem Edinburgh untuk menonton filem Trainspotting.
Butler memberitahu Esquire: "Watak utama di dalam filem ini sangat dahsyat, dia menciptakan suasana yang sangat hebat. Saya tahu bahawa lakonan adalah sesuatu yang ingin saya lakukan sebagai karier".
6. Gene Simmons - Sarjana Muda Pendidikan
Gene Simmons selaku penyanyi kumpulan KISS bukan sahaja dikenali kerana watak seram dan suka menjelirkan lidah di atas pentas, namun Simmons juga seorang yang mempunyai kelulusan ijazah bersekutu dari Kolej Komuniti Sullivan dan Sarjana Muda di dalam Pendidikan Seni dari Richmond College.
Malah pada suatu masa dahulu dia juga pernah mengajar kanak-kanak sekolah rendah pada tahun 70-an. Setelah menghabiskan pengajiannya, dia membentuk kumpulan kugiran KISS yang terkenal.
7. "Weird Al" Yankovic - Sarjana Muda Seni Bina
"Weird Al" Yankovic merupakan seorang lulusan California Polytechnic State University dengan Sarjana Muda di dalam bidang Seni Bina. Akan tetapi sejurus sahaja tamat belajar dia mengetahui bahawa bidang ini bukanlah apa yang dia mahukan. Dia memilih untuk memulakan kerjayanya di syarikat penyiaran radio di Culver City, California sehingga bermulanya kerjaya musiknya.
8. Lionel Richie - Sarjana Muda Sains Ekonomi
Semasa menuntut di Tuskegee Institute, Lionel Richie telah berjumpa dengan ahli kugirannya iaitu The Commodores. Richie selepas itu berjaya memperolehi Sarjana Muda di dalam bidang Sains Ekonomi pada tahun 1974. Semasa pengajiannya dia pernah pernah berhenti seketika untuk jelajah persembahan bersama kugirannya dan kemudian kembali semula untuk menghabiskan Sarjana Mudanya.
9. Chris Martin - Ijazah Latin dan Greek
Penyanyi kumpulan Coldplay ini mula berjumpa dengan ahli kumpulannya yang lain ketika sedang belajar di University College London. Namun begitu ia tidak membuatkan dia lupa pada pelajaran apabila berjaya menghabiskan pengajiannya di dalam Sarjana Muda Bahasa Latin dan Greek dengan Kepujian Kelas Pertama.
10. Lisa Kudrow - Sarjana Muda Biologi
Lisa Kudrow pada asalnya berhajat untuk mengikuti jejak bapanya iaitu seorang ahli fizik dan penyelidik yang terkenal di dalam bidang sakit di bahagian kepala. Kudrow berjaya mendapat Sarjana Muda di dalam Biologi dan pernah bekerja sebagai salah seorang ahli pasukan penyelidik bapanya apabila tamat belajar. Namun kemudian dia beralih arah meminati bidang lakonan sitkom setelah itu.
11. Will Ferrell - Sarjana Muda Informasi Sukan
Pada tahun 1990, Will Ferrel berjaya menamatkan pengajiannya di University of Southern California dengan Sarjana Muda Informasi Sukan. Pada tahun 2017 pula dia menerima anugerah Doctor of Humane Letters daripada alumni universitinya.
Dia pernah mengeluarkan kenyataan lucu mengenainya: "Program itu sangat sukar dan ianya dihentikan setelah 8 tahun saya tamat belajar. Jadi sesiapa dengan kelulusan Informasi Sukan ini merupakan kumpulan Elit sama seperti Graduan USC Nave Seals".
12. Hugh Laurie - Sarjana Muda Anthropologi dan Arkeologi
Hugh Laurie berasal dari keluarga yang berpendidikan tinggi yang mengharapkan dia mengikuti jejak langkah mereka. Laurie mendapat Sarjana Mudanya dari Selwyn College, Cambridge - hanya untuk berada di dalam "tradisi keluarga". Akan tetapi dia lebih berminat di dalam bidang lakonan dan salah satu wataknya yang terkenal ialah sebagai Dr. House.
13. Ken Jeong - Doktor Perubatan
Pada tahun 1995, Ken Jeong berjaya menamatkan pengajiannya di University of North Carolina di dalam bidang perubatan. Akan tetapi selepas itu dia lebih menumpukan bidang lakonan lucu lebih daripada bidang perubatan. Pada satu rancangan TV komedinya, salah seorang penonton telah mengalami kekejangan dan dengan pantas dia melompat ke arah penonton dan memberi bantuan.
14. David Spade - Sarjana Muda Perniagaan
David Spade berjaya menamatkan pengajiannya di Arizona State University pada tahun 1986 dengan Sarjana Muda di dalam bidang perniagaan. Namun kerjaya lakonannya bermula semasa dia belajar lagi apabila sering membuat persembahan komedi di kampusnya dan ianya menjadi titik tolak kerjayanya sebagai seorang pelakon komedi terkenal.
15. Arnold Schwarzenegger - Sarjana Muda Bisnes dan Ekonomi Antarabangsa
Arnold Schwarzenegger sudahpun menjadi ahli bina badan yang terkenal di dunia apabila dia bercadang untuk mendapatkan Ijazah. Dia kemudian menghadiri kelas di Santa Monica College sebelum berjaya mendapat Sarjana Muda di dalam Bisnes dan Ekonomi Antarabangsa melalui kerjasama dengan Wisconsin-Superior pada tahun 1979.