Kredit foto: Instagram Aliff Syukri
Spekulasi keretakan rumah tangga usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri kembali mendapat perhatian selepas surat tuntutan cerai daripada isterinya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid pula menjadi tular di laman sosial sejak semalam.
Menjawab pertanyaan media berhubung perkara itu, Aliff hanya mampu memberi respon yang memaparkan emoji sedih di aplikasi Whatsapp.
Dakwaan itu bagaimanapun seakan diiyakan dengan status berbaur kecewa yang dikongsinya.
Baca: Biodata Usahawan Kosmetik Dato Aliff Syukri
Baca: Biodata Datin Shahida, Isteri Dato Aliff Syukri
Kredit foto: Instagram Aliff Syukri
“Dalam kehidupan ini ada dua pilihan iaitu memilih atau dipilih. Jadi, kita kena tahu dan sedar.
"Jika kamu yang memilih pilihlah yang terbaik buat kamu dan selamanya. Jika kamu dipilih, maka jadilah yang terbaik buatnya,” katanya.
Dalam pada itu, sumber terdekat usahawan itu memberitahu, kes perbicaraan perceraian pasangan tersebut bakal disambung semula selepas berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) nanti.
Malah, permohonan cerai yang difailkan Shahida dikatakan telah mengundang rasa terkejut Aliff.
Keadaan semakin rumit apabila Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dilantik mahkamah tidak lagi mampu meraih sebarang penyelesaian.
“Sudah tiga kali JPK dibuat, tapi gagal,” kata sumber.
Dinyatakan, mereka tidak tinggal sebumbung sejak beberapa bulan lepas.
Menerusi tinjauan video yang dimuat naik Aliff di Instagram, menyaksikan beliau kerapkali berulang alik ke kediamannya yang terletak di Pavilion resident Kuala Lumpur.
Sebelum ini, Shahida menerusi laporan Harian Metro menegaskan pendiriannya yang enggan bersuara mengenai hal terbabit.
“Bab rumah tangga saya tak nak komen. Minta maaf ya,” katanya.
Sumber berita: Hanya balas dengan emoji sedih