Pada satu ketika dulu, Kim Jong-Nam yang telah mati dibunuh di negara kita tempohari, adalah pewaris kepada pemerintahan yang dipegang Kim Jong-Il. Walau bagaimanapun, beliau selalu tidak bersependapat dengan bapanya dalam urusan pemerintahan kerana beliau tidak bersetuju dengan corak peralihan kuasa yang diamalkan oleh bapanya, yang mewariskan kuasa kepada waris yang dipilih. Jong-Nam dianggap terlalu terpengaruh dengan corak pemerintahan dan perkongsian kuasa barat yang lebih memilih sistem demokrasi di mana kuasa diberikan melalui undian pilihanraya dan dipilih oleh orang ramai.Tetapi satu insiden apabila dia ditangkap di Jepun kerana cuba masuk ke negara tersebut menggunakan passport palsu membuatkan beliau hilang kelayak sebagai waris, selepas kerajaan Korea Utara merasakan tindakan tersebut memalukan negara mereka.

991ac50a f74c 11e6 bcc4 de1d4609fc98 1280x720

Oleh kerana itu, beliau berhijrah lalu menetap di Macau dengan bantuan kerajaan China melalui pakciknya, Jang Song-thaek yang juga orang nombor 2 di dalam kerajaan Korea Utara. Selepas duduk di luar negara, Kim Jong-Nam gemar melakukan kritikan ke atas pentadbiran Korea Utara yang dikatakan tidak akan membawa Korea Utara ke tahap yang lebih baik dan akan terus ketinggalan. Beliau juga secara lantang mula mengkritik sistem peralihan kuasa Korea Utara melalui temuramah televisyen dan juga menerusi buku yang menceritakan pengalaman beliau, 'My Father, Kim Jong-il, and Me.'Kritikan paling lantang adalah apabila beliau secara terbuka menyebut yang adik tirinya, Kim Jong-Un tidak akan berjaya sebagai seorang pemimpin.2012, selepas memegang tampuk pemerintahan, Kim Jong-Nam pernah cuba dibunuh oleh ejen risikan Korea Utara tetapi tidak berjaya. Melalui maklumat risikan Korea Selatan, diberitahu Kim Jong-Nam pernah cuba merayu supaya dia dan keluarganya tidak diapa-apakan oleh kerajaan Korea Utara dan meminta supaya mereka dibenarkan meneruskan kehidupan seperti biasa.Pada tahun 2013, Kim Jong-Un dilaporkan melakukan pembersihan kerajaan dengan menghukum bunuh ramai kalangan pemimpin Korea Utara dan salah seorang yang dibunuh adalah Jang Song-thaek. Ini membuatkan Kim Jong-Nam kehilangan orang dalam bagi melindungi dirinya dari ancaman kerajaan Korea Utara.Begitulah serba sedikit latar belakang punca kes pembunuhan Kim Jong-Nam berlaku. Apa yang kita mampu belajar dari peristiwa seperti ini?



Hakcipta iluminasi.com (2017)